Pengeluaran KWSP: Norliza Gesa Fikir-fikirkan… Bagaimana Pelaksanaan i-Sayang?

KUALA LUMPUR, 19 Jan – Isu membabitkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) masih berlarutan dan berterusan panas yang menjadi polemik sehingga kini.

Dalam hal ini Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Malaysia merangkap Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Norliza Abdul Rahim mempersoalkan bagaimana para pencarum boleh diselamatkan bagi mengelak bersara miskin sekiranya pengeluaran dilaksana.

Terdahulu Norliza memaklumkan berkaitan tajuk berita ‘Bersara miskin jika KWSP benar keluar wang lagi’ menerusi akhbar tempatan yang diterbitkan pada 16 Januari 2022.

“Mungkin KWSP boleh mengenal pasti siapa pencarum ini dan selidiki latar belakang mereka untuk dibantu terutama dari aspek pencarian pekerjaan yang dilihat dapat menggerakkan semula caruman mereka serta wang caruman yang berbaki boleh juga dilaburkan dalam dana pelaburan yag dijamin sebagai gandaan caruman jangka panjang. Fikir-fikirkan.”

Soalnya, apakah kaedah-kaedah yang boleh menggandakan wang pencarum ini semula?

“Antara fakta yang perlu kita berfikir kuat ialah hampir separuh drpd ahli KWSP punya simpanan kurang drpd RM10,000 dan 55% adalah Bumiputera.

“Lebih membimbangkan, 79% drpd ahli KWSP yg punya simpanan kurang RM1,000 juga Bumiputera.”

Dalam hal ini beliau melahirkan kekhuatiran dan ingin tahu berapa jumlah pencarum wanita yang tergolong dalam fakta yang sebutkan?

“Bagaimana dengan pelaksanaan skim i-Sayang yang mana kemudahan ini akan membenarkan pemindahan secara sukarela sebanyak 2% dari akaun suami ke akaun isteri?” katanya lagi.

“Dari segi pemerhatian saya, mungkin ramai pencarum kehilangan pekerjaan atau kehilangan separuh punca pendapatan sehingga menjejaskan caruman masing-masing terutama dlm tempoh dua tahun kebelakangan ini,” katanya menerusi kenyataan dalam laman facebooknya berkaitan hal terbabit. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.