Selamat Hari Thaipusam, Perayaan Disambut Bukti Kesatuan Kesatuan Rakyat, Jangan Lupa Patuhi SOP – Zahid

KUALA LUMPUR, 18 Jan – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan Selamat Menyambut Hari Thaipusam kepada seluruh masyarakat beragama Hindu di negara ini.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) mendoakan semoga sambutan perayaan Thaipusam 2022 akan merapatkan lagi jalinan perpaduan antara kaum di Malaysia.

“Seperti sering saya katakan pelbagai perayaan disambut di tanah air kita antara bukti kesatuan rakyat Malaysia.

“Bukankah ini kemajmukan yang kita rasai sejak dulu dengan penuh semangat toleransi dan hormat menghormati.

“Dan semoga Thaipusam kali ini disambut penuh kebahagian dan kegembiraan walau di mana anda berada,” katanya menerusi laman facebooknya.

Dalam masa yang sama, Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk mengingatkan agar terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).

“Namun jangan sesekali terlupa mematuhi SOP demi keselamatan diri dan ahli keluarga,” katanya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.