Pesta Ponggal Jelas Terbukti Kesatuan Rakyat – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR,16 Jan – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berpandangan belum terlewat untuk mengucapkan Selamat Hari Ponggal kepada seluruh rakan-rakan kaum India di Malaysia.

Katanya, pesta Ponggal yang disambut setiap tahun pada hari pertama bulan ‘Thai’ mengikut kalendar Tamil sebagai tanda meraikan hasil pertanian dengan harapan tuaian tahun berikutnya lebih makmur.

“Pesta Ponggal juga satu lagi bukti jelas tentang kesatuan rakyat pelbagai kaum dan agama di Malaysia hidup penuh harmoni dan saling hormat menghormati sejak sekian lama.

“Semangat Ponggal yang ada begitu lama berada di negara ini harus dilihat sebagai peluang mengeratkan lagi talian persahabatan, menghormati budaya dan menggalakkan perpaduan sedia ada.

“Semoga Pesta Ponggal kali ini membawa makna yang amat bererti kepada kaum India Malaysia untuk bersama mengembalikan kemakmuran dan kesejahteraan di negara ini,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Pesta Ponggal ialah perayaan menuai yang disambut oleh penganut Hindu di seluruh dunia dan merupakan perayaan utama khususnya bagi komuniti petani. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.