Semangat Kepimpinan Dan Akar Umbi Tidak Luntur, UMNO Fokus Bantu Rakyat

KUALA LUMPUR, 14 Jan – UMNO komited membantu rakyat meskipun berhadapan dengan pelbagai cabaran termasuk kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu, kata Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya, Datuk Abdul Mutalif Abdul Rahim.

Jelas beliau meskipun begitu, ianya tidak mematahkan semangat kepimpinan dan akar umbi parti keramat ini termasuk di bahagian beliau dalam memberikan bantuan kepada rakyat.

“Selepas PRU-14 saya tidak boleh lupa pada 9 Mei 2018 kerajaan Pusat BN tewas. Rakyat termakan dakyah fitnah yang berbagai-bagai tapi saya yakin dan percaya pada hari ini rakyat sudah sedar dan menunggu masa untuk pilihan raya.

“Saya ingat perkara ini kerana saya menjadi calon di Dewan Undangan Negeri Taman Medan tapi walaupun kalah boleh tengok media sosial tidak pernah beranjak atau lari daripada tanggungjawab untuk menjaga dan membela rakyat sebaiknya,” ujar beliau ketika ditemui UMNO Online.

Ujar Abdul Mutalif lagi, keprihatinan makin dipertingkat terutama ketika negara berdepan dengan penularan wabak COVID-19 pada awal tahun 2020 yang memberi kesan kepada rakyat.

Katanya, bantuan keperluan asas diberikan kepada golongan terjejas tanpa mengira kefahaman politik bagi meringankan beban mereka.

“Kami mendekati rakyat sejak hari pertama COVID-19 melanda saya malah bukan kata saya sahaja malah 191 bahagian di seluruh negara. UMNO mempunyai jentera dan akar umbi yang begitu perkasa untuk membela rakyat tidak kisah kami kerajaan atau tidak.

“Saya membuat kerja memberi bantuan sejak hari pertama COVID-19 edarkan cecair sanitasi, pembersihan dari rumah ke rumah, barangan keperluan makanan. Ketika Perintah Kawalan Pergerakan UMNO menjadi juara rakyat pada ketika itu berbanding parti-parti lain dalam memberikan bantuan,” ujar beliau. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.