BN Jayakan Perancangan Masa Hadapan Untuk Kecemerlangan Pendidikan – Rais

MELAKA, 12 Jan – EXCO Pendidikan dan Teknologi Melaka, Datuk Rais Yasin berkongsi aspirasi dan hasrat kerajaan negeri yang diterajui Barisan Nasional (BN) bersama pengurusan tertinggi Jabatan Pendidikan Negeri tersebut dalam usaha memastikan sektor pendidikan terus memacu ke arah kecemerlangan.

Beliau yang dilantik ke jawatan berkenaan selepas diberi kepercayaan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka baru-baru ini seterusnya menambah kerjasama yang erat pelbagai pihak sudah pasti dapat menjayakan segala perancangan kelak.

“Alhamdulilah, semalam buat julung kalinya saya dapat mengadakan perjumpaan rasmi bersama pihak pengurusan tertinggi Jabatan Pendidikan Negeri Melaka yang diadakan demi masa depan para pelajar negei ini.

“Dalam sesi pertemuan ini, saya telah diberikan penerangan yang jelas tentang hala tuju pendidikan oleh Pengarah, Dr Mohd Azam Bin Ahmad. Saya juga berkesempatan untuk berkongsi aspirasi dan hasrat kerajaan dalam memastikan sektor pendidikan di negeri Melaka mampu dipertingkatkan ke tahap yang lebih cemerlang pada masa mendatang,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Beliau seterusnya menaruh keyakinan dan berharap segala agenda dan perancangan dapat dilaksanakan sebaik mungkin bersama-sama untuk memastikan agenda pendidikan di Melaka terus mencapai kecemerlangan kelak.

“Insya-Allah… Yakinlah bahawa tiada yang mustahil asalkan segalanya kita usahakan bersama dengan penuh gigih dan dedikasi. Semoga segala perancangan dapat direalisasikan dengan jayanya,” ujarnya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.