Jangan Politikkan Bencana Banjir, Rakyat Nilai Pemimpin ‘Bermain Wayang’ – Hairi
JOHOR BAHRU, 7 Jan – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Johor, Mohd Hairi Mad Shah membidas kenyataan atau persoalan yang dikeluarkan Muda Johor di akaun Twitter mereka @teammudajohor yang mendakwa bantuan yang dihantar ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di kawasan terjejas banjir di negeri ini memerlukan kebenaran Pegawai Daerah (DO).
Dalam hal ini, beliau mewakili Pergerakan Pemuda UMNO Johor mengingatkan kepada penggerak parti baharu terbabit agar tidak perlulah menggunakan modal atau alasan yang tidak masuk akal kerana perlu ada had dan batasan apabila berpolitik.
“Justeru, saya ingin mengajak Bangsa Johor terutamanya belia untuk menilai sendiri keikhlasan pemimpin sebenar. Bukan hanya yang hanya pandai berlakon dan bermain wayang mempamerkan baju yang penuh lumpur.
“Kalau alasan dan modal digunakan adalah prosedur dan SOP, mengapa orang lain boleh sahaja ikut prosedur dan SOP yang ditetapkan. Kita masih kena berjaga-jaga kerana pandemik COVID-19. Apa yang ‘special’ dengan nama Syed Saddiq?” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Persoalannya, kata Mohd Hairi mengapa isu ini dibangkitkan selepas Johor sudah seminggu dilanda banjir?
“Tapi ketua parti ini sendiri tidak turun padang ke negeri beliau, malah kawasan dia sendiri iaitu Muar pun tidak kelihatan ‘batang hidung’.
“Tetapi saya percaya apabila banjir sudah surut sepenuhnya nanti, kita yakin dia akan turun untuk ‘claim’ kononnya itu adalah kerja beliau, kerja parti beliau hanya hendak berlakon jadi juara.”
Tegas Mohd Hairi, sepatutnya sebagai rakyat Johor yang duduk dan menetap di negeri ini tahu bagaimana pentadbiran dan urusan Kerajaan Negeri dijalankan, apatah lagi negeri ini dilanda bencana banjir setiap tahun.
“Sememangnya pengurusan bencana di Negeri Johor adalah antara yang paling efisyen, tersusun dan cekap yang pernah saya sendiri lihat dan perhatikan sejak sekian lama, di mana semua agensi dikelola dan memainkan peranan masing-masing bersama dengan efektif.
“Pergi sahaja ke PPS yang dibuka di seluruh Johor dan tanya kepada mangsa banjir, saya yakin mereka menerima bantuan dan layanan yang baik daripada semua agensi terlibat menguruskan bencana ini,” bidasnya lagi. – UMNO Online
[gview file=”https://umno-online.my/wp-content/uploads/2022/01/KENYATAAN-MEDIA-MENGENAI-MUDA-1.pdf”]