‘FBLive’: Saksikan Kupasan Menteri Kesihatan ‘Dilema Covid & Politik’ Malam Ini

KUALA LUMPUR, 30 Dis – Saksikan bual bicara Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menerusi program anjuran Penerangan UMNO Malaysia (PUMAS) dalam membicarakan soal ‘Dilema COVID & Politik’.

Pandemik COVID-19 yang melanda negara dan seluruh dunia menyebabkan rakyat terkesan dengan wabak tersebut. Bukan sahaja kesihatan serta ekonomi, malah pelbagai aspek lain turut terkena tempias yang menyebabkan pelbagai cabaran melanda negara.

Ikuti kupasan lanjut pada malam ini menerusi program bual bicara yang akan dihoskan Dr Mohd Fauzi Shafiee yang bakal disiarkan secara live menerusi medium facebook rasmi UMNO Online di pautan https://www.facebook.com/mediaumnomalaysia.

Netizen juga dijemput untuk bersama-sama mengikuti kupasan Khairy yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau di samping bersama-sama untuk melontarkan pandangan, idea atau persoalan menerusi ruangan komen yang ada. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.