BN Selesai Agih Bantuan Banjir Sekitar KL, Selangor

KUALA LUMPUR, 26 Dis – Barisan Nasional (BN) bersama Komunikasi Barisan Nasional (BNCOMMS) selesai menyampaikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Selangor dan Lembah Klang.

Penyelaras Bantuan Bencana Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Shamsul Annuar Nasarah berkata inisiatif ini dibuat khusus bagi memberikan fokus membantu mereka yang terkesan banjir dengan segera.

“Saya menyampaikan Bantuan Bencana BN kepada UMNO Bahagian Klang untuk diedarkan kepada yang terkesan akibat bencana banjir di kawasan ini.

“Kawasan Parlimen Klang antara tempat yang menerima kesan bencana banjir di Selangor. Penyampaian dilakukan di Kampung Idaman,” katanya ketika menyampaikan bantuan keperluan asas kepada UMNO Bahagian Klang semalam.

Terdahulu, Shamsul yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO memaklumkan misi Bantuan Bencana BN ini telah mula diedarkan pada Ahad lalu dan diberikan melalui UMNO/BN Parlimen atau bahagian untuk disampaikan kepada mangsa yang terlibat.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Kadir pada minggu lalu mengarahkan untuk semua Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Barisan Nasional Negeri-Negeri membuka Bilik Gerakan bagi membantu dengan segera mangsa-mangsa banjir.

Beliau memaklumkan dalam kenyataan yang sama, bagi tujuan penyelarasan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersetuju untuk melantik Datuk Seri Dr Shamsul Annuar Nasarah dilantik sebagai Penyelaras Bantuan Bencana. – BNComms

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.