Bantu Banjir: BN Arah Semua Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Negeri Buka Bilik Gerakan

KUALA LUMPUR, 19 Dis – Bencana banjir telah berlaku di beberapa kawasan di Lembah Klang dan Selangor selain Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Kelantan serta Perak sejak dua hari lalu.

Sehubungan itu, Barisan Nasional (BN) telah mengarahkan untuk semua Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Barisan Nasional Negeri-Negeri membuka Bilik Gerakan bagi membantu dengan segera mangsa-mangsa banjir yang kini menghadapi kesulitan.

Demikian maklum Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Kadir dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Maklumnya dalam kenyataan yang sama, bagi tujuan penyelarasan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga bersetuju untuk melantik Datuk Seri Dr Shamsul Annuar Nasarah dilantik sebagai Penyelaras Bantuan Bencana. – UMNO Online

[gview file=”https://umno-online.my/wp-content/uploads/2021/12/Kenyataan-Media-SUA-Bil-14-2021.pdf”]

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.