Selamat Bersidang Para Perwakilan UMNO Bahagian, Terus Bersuara Untuk Rakyat

KUALA LUMPUR, 18 Dis – Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menngingatkan ahli-ahli UMNO agar terus bersuara untuk keperluan dan kebajikan rakyat.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata demikian dalam hantaran menerusi laman facebooknya sempena persidangan peringkat bahagian para perwakilan UMNO, hari ini.

“Selamat bersidang kepada para perwakilan UMNO Bahagian seluruh negara. Banyak yang perlu diperhalusi dan ditentukan, tetapi jangan kita lupa dua peranan utama kita sebagai pemimpin dan ahli UMNO yang setia.

“Pertahankan dan perkukuhkan parti kita ini kerana ini bukan sahaja rumah kita tetapi payung untuk rakyat.

“Terus bersuara untuk keperluan dan kebajikan rakyat. Tidak kira dalam kerajaan atau pembangkang, tidak kira berjawatan atau akar umbi kerana inilah perjuangan kita,” katanya yang akan merasmikan UMNO Bahagian Pekan hari ini.

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 8 Dis lepas memutuskan untuk mengadakan mesyuarat empat peringkat UMNO iaitu Wanita, Pergerakan Pemuda, Pergerakan Puteri dan UMNO Bahagian pada 11, 12, dan 18 Dis di seluruh negara.

MKT UMNO juga memutuskan Perhimpunan Agung UMNO 2021 diadakan pada 13 hingga 15 Jan depan secara hibrid. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.