SUHAKAM Harus Bertindak Lebih Saksama Angkat Isu Hak Asasi Manusia Dalam Negara – Zahid

KUALA LUMPUR, 17 Dis – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berpandangan bahawa Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) seharusnya bertindak dengan lebih saksama dalam mengangkat isu berkaitan hak asasi manusia dalam negara.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata demikian selepas pertemuan dengan Pengerusi Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Masyarakat Sibil Malaysia (MACSA), Lukman Sheriff baru-baru ini.

 

Dalam pertemuan ini, beliau bersetuju dengan usaha yang dibuat oleh MACSA dan mahu umat Islam diberi penjelasan sepatutnya mengenai perkara tersebut.

Ahmad Zahid juga sependapat dengan pandangan Lukman bahawa peranan SUHAKAM seharusnya lebih adil dalam menilai dan mengangkat isu-su hak asasi manusia.

Dalam masa yang sama, beliau turut menerima laporan MACSA mengenai Islamophobia, atau sikap kebencian terhadap Islam yang berlaku dalam negara.

Perjumpaan ini adalah satu daripada siri perjumpaan MACSA dengan pelbagai pihak bagi menyerah dan menerangkan laporan berkaitan. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.