Persidangan Bahagian: Gunakan Ruang Sebaiknya Demi Masa Depan Parti – Shahril

KUALA LUMPUR, 10 Dis – Ketua Penerangan UMNO Shahril Hamdan mengucapkan selamat bersidang kepada seluruh perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO seluruh negara.

Shahril yang juga Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyeru semua perwakilan agar menggunakan peluang yang ada ini dengan memberikan idea dan hujah yang bermanfaat untuk parti.

“Berikanlah satu suntikan semangat yang baru untuk kita mendepani cabaran cabaran yang akan datang.

“Apa yang kita bahaskan, dalam persidangan pemuda dan sayap-sayap lain dan juga di bahagian akan menjadi pedoman kepada masa depan parti kerana kita sekarang melalui fasa yang kritikal untuk Malaysia dan juga untuk politik negara,” kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kuala Langat itu dalam satu hantaran di Facebook.

Sebagai rekod, Cawangan-cawangan UMNO seluruh negara telah selesai mengadakan mesyuarat masing-masing pada 30 November lalu.

Manakala pada esok dan lusa akan diadakan mesyuarat di peringkat Wanita dan sayap bahagian serta pada 18 Disember pula mesyuarat UMNO peringkat bahagian.

Perhimpunan Agung UMNO bagi sesi 2021 pula akan diadakan pada 13 hingga 15 Januari tahun hadapan. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.