Jauhi PN, tolak PH … Rakyat Tidak Lupa ‘Jasa’ Kerajaan PH Dan ‘Sayangnya’ Abah – Exco Pemuda UMNO

KUALA LUMPUR, 18 Nov – Exco Pemuda UMNO Malaysia, Muhammad Faiz Hashim menegaskan bahawa rakyat tidak pernah lupa bagaimana sengsaranya apabila berada di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) yang penuh dengan kacau-bilau.

Sehubungan itu, dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka beliau menganggap slogan ‘Abah Sayang Melaka’ hanya usaha ‘scheme of things’ PN sebagai agen pemecahbelahkan pengundi Melaka untuk membantu PH.

“Kerajaan PH merupakan kerajaan yang sentiasa cuba menjadi ‘wira’ saat pilihan raya. Kerajaan PH hadir dengan manifesto-manifesto yang menjanjikan bulan dan bintang kepada rakyat namun akhirnya hanya bersifat ‘sembang kosong’ apabila telah mendapat mandat.

“Berapa banyak manifesto yang hanya sekadar menjadi ‘bahan bacaan’ rakyat. Satu pesatu manifesto ditarik semula yang melibatkan banyak pihak daripada anak muda sehinggalah ke warga emas.

“Hal ini diburukkan lagi pada peringkat awal pandemik COVID-19 mula merebak di Malaysia. Ini merupakan isu yang paling berat menimpa negara akan tetapi kerajaan PH menidakkan suara rakyat,” katanya dalam kenyataan berkaitan hal terbabit.

Ujarnya yang juga Pengerusi Sekretariat NGO Pemuda UMNO Malaysia, rakyat bersuara untuk kerajaan PH melakukan penutupan sempadan pelancong daripada negara China dan Korea khususnya kerana wabak ini berasal dari negara tersebut.

“Tindakan yang lambat daripada menteri-menteri PH menyebabkan negara berada dalam keadaan yang lebih nazak. Menteri Pelancongan PH membuat pengesahan pelancong-pelancong tersebut berada dalam keadaan sihat namun hasilnya lambakan kes covid-19 negara meningkat mendadak.

“Malah mereka membandingkan wabak COVID-19 dengan demam denggi dan beranggapan demam denggi perlu diberi keutamaan berbanding wabak membunuh ini. Semasa memerintahan PH suara rayat terus dikunci.”

Bidasnya, Prosedur Operasi Standard (SOP) yang tidak tetap mengelirukan rakyat dan barisan hadapan kerana kerajaan PN atau kerajaan ‘tutup buka’?

“Mengharapkan rakyat mematuhi SOP, tetapi SOP tidak tetap. Rakyat langgar SOP, saman tapi kerajaan langgar SOP, tiada masalah.

“Pada zaman pemerintahan Kerajaan BN mengambil inisiatif untuk merancakkan ekonomi negeri Melaka dengan projek High Speed Rail (HSR) KL-Singapura.

“Projek HSR ini akan mendatangkan kemajuan kepada negeri Melaka seperti pembukaan lebih 110,000 peluang pekerjaan kepada Melaka, limpahan keuntungan Bandar Malaysia dianggarkan lebih RM200 billion, pembukaan Kawasan-kawasan perumahan, komersil dan industri baru di Melaka.”

Namun katanya, keindahan ini dilenyapkan kerajaan PH dan disokong terus oleh Kerajaan ‘Abah’ PN.

“Inikah definisi ‘Sayang Melaka’ atau ‘Sailang Melaka’? Takkan waktu pilihan raya baru ‘Sayang Melaka’, sewaktu memerintah dah luntur sayang tu? Jauhi PN, tolak PH,” katanya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.