URUS Inisiatif Kerajaan Bantu Pulihkan Ekonomi Rakyat – Najmil
KUALA LUMPUR, 21 Okt – Exco Pemuda UMNO Malaysia Datuk Najmil Faiz Mohamed Aris melihat pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung pelaksanaan Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS) oleh sektor perbankan bagi membantu kumpulan 50 peratus terbawah atau B50 satu langkah yang wajar.
Menurut beliau langkah tersebut adalah salah satu inisiatif kerajaan Keluarga Malaysia untuk mengurangkan beban rakyat dan seterusnya memperkukuhkan semula sosioekonomi rakyat.
“Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan penutupan sektor ekonomi secara tidak langsung menyebabkan sebahagian besar rakyat kita dari B40 menjadi B50 kerana hilang punca pendapatan.
“Peminjam dari golongan B40 yang terjejas pendapatan juga mendapat manfaat daripda program ini.
“Antara kemudahan yang ditawarkan adalah pengecualian faedah untuk tiga bulan selain pengurangan bayaran ansuran untuk tempoh sehingga 24 bulan, pengurangan kadar faedah,” katanya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online di sini hari ini.
Kata beliau lagi yang juga Timbalan Ketua UMNO Kuala Terengganu, kini rakyat tentunya menantikan Belanjawan yang akan diumumkan nanti.
“Kita nantikan pula Bajet 2022. Saya yakin kita semua akan memperoleh manfaat kerana ‘no one left behind’ dalam Keluarga Malaysia ini,” ujarnya. – UMNO Online