Undi 18: Apakah ‘Youthquake’ Akan Berlaku Di Malaysia… – Shabery Cheek

KUALA LUMPUR, 23 Sept – Pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi Undi 18 dan pendaftaran pengundi secara automatik telah diluluskan dengan mendapat sokongan penuh kesemua Ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara pada Julai 2019 lalu, namun sehingga kini ia masih belum dilaksana.

Dalam hal ini, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengetengahkan istilah ‘youthquake’ atau ‘gempabelia’ sebagaimana yang berlaku di United Kingdom apabila golongan muda keluar mengundi.

“Istilah ‘youthquake’ atau ‘gempabelia’ berlaku di UK tahun 2017. Lebih 70 peratus pengundi usia 18-24 keluar mengundi dan memberi impak besar kepada keputusan pilihanraya negara itu. Isu besar ialah kos pendidikan,” katanya dalam hantaran di facebooknya berkaitan isu terbabit.

Soalnya, apakah ‘youthquake’ akan berlaku di Malaysia dalam pilihan raya akan datang?

“10 juta pengundi muda akan jadi penentu. Gempa boleh berlaku tanpa amaran. Akan datang, siapa pula yang kena?

“Janji penting. Menunaikan janji juga penting,” katanya yang turut memuatnaik manifesto pilihan raya parti-parti politik berkaitan pendidikan yang tentunya menjurus kepada golongan muda.

Dilaporkan, sebelum Pilihan Raya Umum 2018, antara janji Pakatan Harapan (PH) ialah Penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada semua peminjam yang mendapat gaji kurang dari RM4,000 sebulan dan memansuhkan dasar senarai hitam dalam perjanjian.

Namun demikian, selepas PH menang dalam PRU terbabit dan membentuk kerajaan, janji tersebut tidak dilaksana malah dalam pembentangan Belanjawan 2019 PH mengumumkan bahawa peminjam PTPTN yang berpendapatan lebih RM1,000 akan dikenakan potongan gaji bagi pembayaran PTPTN. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.