Kenyataan Media Setiausaha Agung Mengenai Surat Ahli Parlimen BN


Saya dihubungi oleh pelbagai pihak dan media untuk mengesahkan surat tidak berlogo dan bernama yang tersebar sejak semalam berkaitan dengan Ahli-ahli Parlimen BN.

Saya tidak dapat mengulas lanjut mengenai perkara ini memandangkan kesahihan surat tersebut tidak dapat disahkan dan tiada pihak yang tampil untuk mengaku bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan berkenaan.

Pejabat Setiausaha Agung BN hanya bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan rasmi yang diputuskan dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN dan persetujuan bersama di kalangan pimpinan utama BN.

Amalan kesatuan dan perpaduan di kalangan ahli-ahli parlimen BN dalam menentukan sebarang keputusan bersama tetap terpelihara.

Justeru sebarang langkah dan tindakan yang dikeluarkan oleh pihak tertentu bagi tujuan menimbulkan keraguan dan perpecahan di kalangan BN amat dikesali. – bnnewsonline

Dr Zambry Abd Kadir
9 JULAI 2021

[gview file=”https://umno-online.my/wp-content/uploads/2021/07/Kenyataan-Media-SUA-BN-9-Julai-2021.pdf”]

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.