MTUC ‘Sound’ Kerajaan, Tak Tahan Lihat Rakyat Makin Sengsara

KUALA LUMPUR, 25 Jun – Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) pun sudah mula ‘sound’ kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berpendapat ini mungkin kerana MTUC tidak tertahan melihat kesengsaraan rakyat khususnya golongan pekerja.

“MTUC kata terima laporan berlaku pembuangan pekerja secara mendadak di Malaysia. Ramai daripada mereka tidak boleh bertahan dalam keadaan tiada pendapatan.

“MTUC turut minta kerajaan beri moratorium automatik dan bantuan tunai kepada rakyat.
Bantuan tunai sebanyak RM1,200 sebulan untuk keluarga B40, M40.

“Kata MTUC, bantuan dan moratorium automatik tidak akan membuatkan negara muflis. “Jika kerajaan tidak dapat bantu golongan pekerja, jangan halang pekerja bekerja”. Kerajaan turut didesak percepatkan pemberian vaksin COVID-19 kepada golongan pekerja,” katanya dalam satu perkongsian di Facebook.

Seterusnya ulas Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu lagi, menurut MTUC juga kelewatan pemberian vaksin menimbulkan pelbagai persoalan.

“Ia termasuk berkaitan pembelian dan pengagihannya,” ujarnya.

Maka tegas Ahmad Zahid, tidaklah benar tohmahan bahawa beliau dan pemimpin UMNO lain bermain politik.

“Ternyata kesusahan yang dihadapi rakyat adalah realiti, bukan persepsi.

“Ramai pihak telah bersuara dan saya percaya akan lebih ramai tampil bersuara.

“Sama ada kerajaan PN sebenarnya tahu realiti ini atau buat-buat tidak tahu,” bidasnya lagi.

Dalam satu kenyataan hari ini, MTUC juga menggesa kerajaan mengkaji dan menguatkuasa prosedur operasi standard (SOP) di tempat kerja dengan lebih ketat kerana majoriti kes COVID-19 adalah daripada kluster tempat kerja serta meminta kerajaan membabitkan MTUC dalam merangka SOP di tempat kerja. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.