Di Mana Hilangnya Laptop Percuma…? Enam Bulan Dah Berlalu – Razlan

KUALA LUMPUR, 19 Mei – Disebabkan Parlimen masih tutup Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii mempersoalkan kepada kerajaan berkenaan Pendidikan anak-anak Malaysia yang semakin bercelaru.

Katanya, 150,000 laptop tak sampai, ditambah lagi kegagalan kementerian Pendidikan berjanji akan menambah tv pendidikan dengan pelbagai silibus, namun setelah diumum, dibiarkan begitu sahaja.

“Bahan video tidak berkualiti dan tidak cukup untuk memberi ilmu kepada anak-anak, ianya dibuat sekadar lepas batuk di tangga. Bukan SPM sahaja yang perlu mengulang kaji, anak-anak dari darjah 1 hingga tingkatan 5 juga tidak mahu ketinggalan

“Soal laptop percuma… saya difahamkan dana telah dikutip dari GLC dan badan koperat kepada Kerajaan untuk menguruskan pemberian laptop percuma kepada anak-anak rakyat Malaysia yang memerlukan.

“Kini sudah hampir enam bulan perkara ini berlalu, namun tiada berita dari Kerajaan, dimana silapnya?” soal beliau dalam satu kenyataan berkaitan isu terbabit, hari ini.

Jelasnya, mula-mula berjanji akan diedarkan pada bulan Februari, tunggu punya tunggu, puasa sudah raya pun sudah, duit sudah ada, cuma proses pembelian sahaja dan pengurusan penghantaran tidak kunjung tiba.

“Kita pun tak tahu dimana silapnya, susah ke nak beli laptop? Ada banyak ‘brand’ dan banyak kilang, kalau tak boleh beli semua dalam satu ‘brand’, belilah pelbagai ‘brand’, perkara sangat mudah, namun gagal dilakukan dengan mudah.

“Apabila rakyat membuat #KerajaanGagal sepatutnya Kerajaan melihat perkara ini sebagai positif dan tingkatkan usaha memperbaiki, namun kegagalan ini amat ketara.

“Kementerian Pendidikan berjanji akan menambah tv pendidikan dengan pelbagai silibus, setelah diumum, dibiarkan begitu sahaja, bahan video tidak berkualiti dan tidak cukup untuk memberi ilmu kepada anak-anak, ianya dibuat sekadar lepas batuk di tangga.”

Bidasnya, bukan SPM sahaja yang perlu mengulang kaji, anak-anak dari darjah satu hingga tingkatan lima juga tidak mahu ketinggalan.

“Hentikanlah sementara program beri beras dan program kebajikan wahai Menteri Pendidikan, fokus kepada kerja hakiki anda, turun setiap masa, setiap waktu melihat guru-guru, duduk bersama mereka dan selesaikan masalah pendidikan ini,” tegasnya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.