UMNO Rakam Takziah Kepada Keluarga Allahyarhamah Datin Azizan

KUALA LUMPUR, 6 Mei – UMNO bersama seluruh kepimpinan dan ahli merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Naib Ketua Wanita UMNO Negeri Wilayah Persekutuan merangkap Ketua Wanita UMNO Bahagian Lembah Pantai, Allahyarhamah Datin Azizan Shariff yang meninggal dunia sebentar tadi.

Didoakan semoga Allahyarhamah ditempatkan di dalam kalangan orang-orang yang beriman serta keluarga cekal tabah berdepan ujian kehilangan. – UMNO ONLINE