Sultan Selangor Terima RM37.44 Juta Zakat Perniagaan TH, SPAN

SHAH ALAM, 17 April – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan untuk menerima zakat perniagaan berjumlah RM37.44 juta daripada Lembaga Tabung Haji (TH) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), dalam satu program serahan zakat sempena Majlis Berbuka Puasa Sultan Selangor semalam.

Dalam sebuah kenyataan dikeluarkan Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini menyatakan, TH yang diwakili Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff, menyerahkan zakat perniagaan bagi tahun kewangan tahun 2020 berjumlah RM27,712,316.97.

Menurut kenyataan itu, SPAN yang diwakili oleh Pengerusinya Wan Hassan Mohamed Ramli pula menyerahkan zakat perniagaan mereka juga bagi tahun kewangan 2020, berjumlah RM9,730,197.

Turut hadir dalam majlis ini, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi LZS Tan Sri Syed Anwar Jamalullail dan Ketua Pegawai Eksekutif LZS Saipolyazan M. Yusof. – BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.