Malaysia-Jepun Perkukuh Komitmen Pertingkatkan Kerjasama Pertahanan

KUALA LUMPUR, 16 April – Malaysia dan Jepun memperkukuhkan komitmen masing-masing bagi meningkatkan lagi hubungan kerjasama pertahanan antara dua-dua negara.

Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini memaklumkan Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan rakan sejawatannya, Nobuo Kishian berkongsi komitmen tersebut semasa sidang video antara kedua-dua menteri yang diadakan pada Khamis (15 April) .

“Kedua-dua menteri pertahanan itu bersetuju untuk memelihara hubungan erat pada semua peringkat dan mengalakkan penerusan semula secara akrif ketelibatan antara kedua-dua pihak termasuk pertemuan dua hala antara kedua-dua kementerian, pertukaran latihan pasukan bersenjata dan kerjasama dalam Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR).

“Semasa panggilan itu juga, kedua-dua menteri menerokai potensi bidang kerjasama dalam industri pertahanan,” menurut kenyataan itu.

Kedua-dua menteri juga menyentuh mengenai isu-isu keselamatan serantau yang menjadi kepentingan dan keprihatinan bersama-sama termasuk isu Laut China Selatan, situasi di Myanmar dan Semenanjung Korea.

Malaysia dan Jepun menandatangani Memorandum Persefahaman mengenai hubungan kerjasama pertahanan dan pertukaran pada September 2018.

Kedua-dua pihak juga menandatangani perjanjian antara Kerajaan Malaysia dan kerajaan Jepun Mengenai Pemindahan Peralatan dan Teknologi Pertahanan pada tahun sama,” menurut kenyatan itu.

Berdasarkan asas hubungan ini, Malaysia akan terus menggalakkan pertukaran dan kerjasama pertahanan dengan Jepun. – BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.