#SambungYangTergendala Diperluaskan, Turun Ke Lapangan Bersama Kumpulan Sasar – Shahril

KUALA LUMPUR, 11 April – Edisi kedua Sambung Yang Tergendala malam tadi dengan topik Jaminan Pendapatan Kehidupan  bukan sahaja sarat dengan pelbagai lontaran dan idea daripada mereka yang turut serta, malah maklum balas tentang program berkenaan juga memberikan input yang baru terhadap kumpulan sasar dan sebagainya.

Ketua  Penerangan UMNO yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia Shahril Hamdan berkata selepas ini mereka mungkin akan turun ke lapangan bersasama kumpulan sasar lain dan bukannya terhad di dalam dewan semata-mata.

“Hari ini adalah edisi kedua #Sambung Yang Tergendala di mana sebelum ini di Sungai Siput Perak dan kali ini di Kuala Lumpur  dan menerusi program ini kita membentangkan cadangan pertamanya jaminan pekerjaan  dan hari ini jaminan pendapatan kehidupan yang wajar. Ini dua program yang kita telah laksanakan dan insya Allah selepas hari raya nanti kita akan sambung lagi dengan topik-topik yang berbeza.

“Pendikan juga akan kita sentuh, soal pertanian digital juga  kita kena sentuh dan apa yang kita mahu buat untuk menjayakan kembali bercakap tentang dasar supaya  sebarang perbahasan kita baik dalam soal politik sekali pun akan berasaskan perbezaan pandangan termasuklah dalam  soal dasar negara dan benda itu mungkin sedikit tergendala.

“Dan feedback yang kita dapat kita tidak hanya boleh buat dalam dewan dan mungkin akan kena turun ke lapangan bersama kumpulan sasar…mungkin dengan graduan yang menganggur, mungkin ada session dengan Food Panda Delivery dan sebagainya… mungkin juga dengan generasi ketiga Felda. Semua ini kita mahu rangkumkan dalam satu jelajah yang lebih komprehensif supaya tawaran politik  esok yang inysa Allah kita akan laksanakan sudah  teruji dengan ‘ground’ dan mendapat maklum balas yang sepenuhnya,” katanya kepada media di, sini, malam tadi.

Terdahulu beliau bersama para peserta yang lain mengupas topik Jaminan Pendapatan Kehidupan menerusi slot #Sambung Yang Tergendala, yang diadakan di Dewan Tun Dr Ismail.

Dalam sesi Townhall, Shahril menjelaskan cadangan Jaminan Pendapatan Kehidupan  bukanlah satu perkara yang dirasakan cukup sukar untuk dilaksanakan kerana hari ini rata-rata kerajaan juga memberikan tunai dan sebagainya kepada rakyat.

“Apa yang dicadangkan ini bagi saya tidaklah sukar sangat sebab ianya adalah rombakan kepada kaedah bantuan tunai yang sememangnya wujud tetapi rombakannya berbeza… adalah ianya menjadi automatik dan ianya adalah berdasarkan satu gaji dan juga pendapatan yang kita anggap wajar dan kerajaan akan topup kepada angka tersebut.

“Yang kita boleh bahas adakah ianya patut  RM3,000, adakah patut ianya akan jadi RM2500 atau mungkin di Kuala Lumpur berbeza, Perak  berbeza dan sebagainya. Itu yang kita rasa patut dibahaskan apabila masuk ke fasa pelaksanaa tetapi konsepnya tidaklah terlalu radikal bagi saya kerana ia  mengambil struktur sedia ada, kesediaan kerajaan berikan bantuan tunai dan kita ubah pelaksanaannya supaya lebih professional dan lebih konsisten.

“Kalau kerajaan tidak pernah berikan bantuan tunai mungkin kita akan nampak benda ini terlalu besar tetapi ianya telah ada… Cuma mahu dikemaskini dengan keadaan dan keperluan semasa,” ujarnya.

 

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.