Jangan Biarkan Peristiwa 22 Bulan Berulang Kembali – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 20 Mac – UMNO tidak boleh membiarkan peristiwa yang mendukacitakan seperti yang dilalui ketika mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, luah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, barisan jentera UMNO perlu bersiap sedia untuk menghadapi PRU-15 dan perlu berazam untuk tidak lagi berhadapan dengan keadaan sama iaitu ketika menjadi pembangkang.

“Tak mungkin peristiwa 22 bulan sewaktu kita jadi pembangkang akan berulang kembali.

“Allah sudah pun memberikan peluang kepada kita daripada menjadi pembangkang kena pula tunggu smpai 2023, tapi kali ini Allah bagi orang Melayu memerintah.

“Saya harap peristiwa 22 bulan menjadi pembangkang tidak akan berlaku lagi apabila PRU-15 diadakan,” tegasnya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Program Bangkit 15 Negeri Selangor, yang turut dihadiri oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Tan Sri Noh Omar dan Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan yang berlangsung malam tadi.

Ismail yang juga Pengerusi Biro Latihan Dan Perkaderan UMNO Malaysia berkata UMNO perlu menangkis permainan persepsi jahat yang menjadi senjata musuh politik yang memberikan tanggapan negatif rakyat terhadap parti.

“Jadi cara hendak ubah pemikiran pengundi mestilah melalui media sosial, penguasaan pemikiran itu penting.

“Kenapa kita kalah pada PRU-14, kerana kita gagal menjawab persepsi-persepsi dan fitnah yang ditimbulkan oleh pembangkang ketika itu,” ujarnya.

Tambah beliau, UMNO perlu mengambil pengajaran kerana pembangkang ketika itu banyak memanipulasikan isu-isu tertentu yang akhirnya memberi keuntungan kepada mereka.

“Banyak isu-isu yang dimainkan, sama ada lewat untuk kita jawab ataupun tidak mampu untuk jawab.

“Kita gagal menguasai pemikiran rakyat ketika itu Isu 1mdb boleh dianggap fitnah pada ketika itu tetapi tidak dijawab dengan baik.

“Jadi dengan menguasai media sosial, inilah adalah salah satu cara untuk kita menang,” gesanya lagi. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.