Kes Bicara Zahid Hamidi: Tidak Ada Janji Pemberian MyEG – Peguam

KUALA LUMPUR, 4 Mac – Peguambela Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Hamidi Mohd Noh berkeyakinan kes yang melibatkan anak guamannya Presiden UMNO akan selesai sedikit masa lagi.

Jelasnya, perbicaraan ini mengikut jadual dan bukannya mahu memperlambat-lambatkan kes anak guamnya.

“Sekarang ini kita dihujung-hujung perbicaraan dan nak habis, kita ada ‘balance’ (baki) saksi seramai tujuh orang lagi. Hari ini sudah habis tiga orang saksi dan Insya-Allah esok bersambung lagi.

“Tak ada niat nak melewat-lewatkan atau melambat-lambat… tak pernah ada.
Kalau tengok ‘application’ (permohonan) kita pun berkenaan dengan COVID-19. Kita tidak mahu ambil risiko,” katanya kepada UMNO Online, hari ini.

Dalam pada itu Hamidi menempelak pihak pendakwaraya berikutan terdapat catatan yang bercanggah pendapat dari saksi dan Hakim Mahkamah Kuala Lumpur, Collin Lawrence Squeerah telah meminta mengeluarkan kenyataan tersebut.

Tambah Hamidi lagi, pihak peguambela telah membantah agar kenyataan itu dibuang namun pihak pendakwaraya tidak mahu membuang kenyataan tersebut.

“Apa-apa yang bersifat ‘opinion’ (pendapat), Hakim dah suruh ‘remove’ (buang), jadi ia kena ‘remove’. Apa yang Hakim buat tadi pada bahagian awal dari kenyataan itu pihak pendakwaraya tidak mahu ‘remove’.

dan bahagian yang terakhir iaitu ‘telah berjanji untuk memberikan kontrak-kontrak MyEG yang mana kita sudah dapati sebelum ini’, tidak ada,” katanya.

Sementara pada sesi pagi perbicaraan, Hamidi menjelaskan bahawa sumbangan yang diberikan itu bukannya rasuah tetapi hanya berbentuk derma politik.

“Pada pagi tadi, pegawai penyiasat utama adalah pegawai penyiasat kes ‘profile radius’. Saksi pada peringkat awal mengatakan bahawa dia telah mengatakan benda ini bukannya rasuah dan sepertimana yang telah tertulis dalam bahagian dia iaitu ‘charity’ (amal) dan ‘political donation’ (derma politik), tiada kaitan dengan projek yang diberikan,” ujarnya lagi.

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berdepan 47 pertuduhan yang dibuat pendakwaan semasa pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung esok. – UMNO Online



@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.