PdPR: Timbul Beberapa Persoalan… – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 20 Jan – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata timbul beberapa persoalan yang kuat bermain di pemikirannya berkaitan kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan.

“Macam manalah keadaan ibu bapa di luar sana menangani masalah menyediakan kelengkapan dari segi peralatan pembelajaran seperti pemilikan gajet (telefon pintar atau laptop) yang mencukupi untuk anak-anak mereka?

“Jika punya anak yang ramai, bagaimanalah mereka yang berpendapatan sederhana ke bawah mampu menghadapi masalah kos yang melibatkan pembelian gajet tambahan hatta ‘top up’ untuk talian internet? Soalnya dalam satu hantaran di Facebook.

Begitu juga dengan persoalan mengenai capaian internet yang lemah di kawasan perumahan.

“Ditambah PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) pula menghalang pergerakan anak-anak untuk mencari tempat yang kuat internet,” katanya lagi.

Justeru itu Dr Asyaf turut mendapatkan pandangan daripada pengguna media sosial yang lain.

“Apa pendapat kalian? Saya alu-alukan pandangan dan perkongsian semua mengenai pengalaman baru sesi pembelajaran yang kita semua terpaksa lalui hari ini akibat pandemik COVID-19 yang melanda,” ujarnya.

Dalam komen di statusnya itu, seorang pelayar maya, Luqman Hakim Ismail mencadangkan agar siaran televisyen berbentuk pembelajaran dan juga melalui platform Youtube.

“Sy cadangkan siaran televisyen dibuat utk pembelajaran drpd lawak2 bodo…cthnya tv sekian sekian khusus subjek ataupn silibus tingkatan & kerajaan seharusnya menggalakkan youtuber utk membuat subjek pembelajaran yg menarik kpd pelajar dan tanggungjwb ibubapa jg adalah memantau anak2nya..”

Begitu juga bagi Nor Azihan Ab Hamid yang berpendapat perlu ditambah baik fasiliti rangkaian internet.

“Capaian internet perlu diperluas, kelajuan internet perlu dipertingkatkan, subsidi bayaran langganan bulanan perlu ditambah, bantuan pemilikan komputer riba patut dikembalikan. Terutama sekali untuk golongan B40 dan M40.”

Bagi individu yang menggelarkan diri sebagai Ata Van Der Sar pula tidak bersetuju dengan kaedah yang digunapakai sekarang ini.

“Tidak bersetuju menggunakan kaedah sekarang. Kaedah lebih efektif dan kolektif perlu dicari. Kaedah sekarang amat membebankan ibubapa dan murid. Salah seorang perlu berada di rumah utk memerhatikan anak dan mungkin terpaksa mengambil cuti bagi yg bekerja tetap atau berniaga. Berdepan dgn karenah majikan atau risiko kehilangan punca pendapatan bg yg berniaga. Kedua-duanya akan akan memberikan kesan buruk sosioekonomi dalam jangka panjang kpd keluarga.”

Manakala bagi Shukor Buang mencadangkan agar syarikat telekomunikasi meningkatkan tahap capaian internet tahap paling optimum yang mana sekarang amat lemah baik di kawasan bandar dan pinggir bandar apatah lagi di kawasan luar bandar. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.