Kerajaan Giat Pastikan Malaysia Kekal Sebagai Destinasi Pelaburan Menarik – PM

KUALA LUMPUR, 21 Dis – Kerajaan akan terus membangunkan ekosistem yang membolehkan perniagaan berkembang maju dan menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan menarik, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata tanpa menjadikan pandemik COVID-19 sebagai alasan untuk dasar pandang dalam dan berfikiran sempit, kerajaan sebaliknya akan terus mengamalkan dasar yang memastikan keadaan pasaran menggalakkan untuk eksport Malaysia.

“Benar, sebagai negara membangun yang mempunyai hubungan global yang kukuh, Malaysia amat yakin terhadap perdagangan dan pelaburan yang bebas, saksama dan terbuka.

“Sebagai perdana menteri, saya mahu memanfaatkan peluang ini untuk menawarkan jaminan sepenuh hati saya bahawa Malaysia telah, sedang dan akan sentiasa menjadi negara yang menyokong perniagaan, properdagangan dan propelaburan,” katanya semasa menyampaikan ucapan pembukaan Sidang Kemuncak Ekonomi Cina Dunia secara maya hari ini. – BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.