Jangan Ulangi Kesilapan Lalu, Bergeraklah Kehadapan – Zahid

KUALA LUMPUR, 12 Dis – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta ahli-ahli parti agar jangan ulangi kesilapan dahulu dan teruslah bergerak ke hadapan.

Katanya, ujian kepada kegagalan lalu adalah suatu pengajaran yang mahal iaitu meyorot keadaan semasa bergelar pembangkang.

“Lawan kita tidak pernah kuat, kita kalah kerana kita lemah, bukan lawan kita kuat maka baikilah kelemahan-kelemahan ini.

“Wujudkanlah solidariti dikalangan kita, perbezaan pendapat boleh kita raikan dan jangan perbezaan pendapat menyebabkan timbulnya kabilah-kabilah dan berpuak-puak,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata demikian dalam majlis
Makan Malam dan Ramah Mesra bersama UMNO Sabah di Pusat Dadangan Dunia Putra (PWTC), malam tadi.

Katanya, untuk Sabah, ketuanya sekarang adalah Datuk Seri Bung Moktar Radin maka lupakan yang dahulu.

“Saya harap mana-mana yang telah diberikan amanah untuk jawatan apapun dalam kerajaan, yang ada cukuplah, akar umbi cukup terluka jika ada di kalangan pemimpin-pemimpin yang melupakan mereka.

“Saya fikir kalau rakyat diubati kerinduannya, insya-Allah kita akan menjadi parti yang dapat majoriti yang besar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah. Mudah-mudahan pertemuan kita ini akan dapat dimanfaatkan dan menjadi pertemuan yang membawa barakah kepada kita,” katanya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.