Fokus Kesejahteraan Rakyat, Jangan Termakan Persepsi Negatif Pecah Belahkan UMNO – Armand

KUALA LUMPUR, 30 Okt – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Malaysia, Datuk Armand Azha Abu Hanifah berharap anggota parti agar tidak termakan dengan modus oprandi jahat untuk mencipta presepsi negatif seterusnya mewujudkan perbualan sehingga timbul keretakan dalam perpaduan politik parti UMNO.

Katanya, sejak satu dua bulan ini mereka kembali mengunakan modus operandi yang sama iaitu mencipta presepsi negatif dalaman parti agar saling serang satu sama lain sehingga lupa musuh utama iaitu Pakatan Harapan (PH).

“Syukur Alhamdulilah Kehadrat Allah SWT, semalam mesyuarat MKT lebih empat jam membincangkan pelbagai perkara, tapi topik utama adalah kepentingan rakyat dalam situasi pandemik COVID-19 dan Bajet 2021

“Saya konsisten dalam cadangan saya mengenai lanjutan moratorium bank, isu ekonomi, isu pengangguran dan kesejahteraan rakyat. Saya berikan pandangan serta cadangan ini dalam mesyuarat semalam untuk kepimpinan sama-sama berbincang dan meletakan ianya sebagai keutamaan.

“Alhamdulilah presiden dan barisan kepimpinan setuju serta memberikan pelbagai pandangan serta cadangan yang baik mengenai kepentingan dasar khususnya bagi isu pandemik COVID-19,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Ujarnya, salah satu isu utama turut dibincangkan adalah isu cadangan Bajet 2021 yang kita mahukan secara lebih berfokus kepada semua golongan daripada segi kebajikan, ekonomi, pendidikan dan kesejateraan rakyat dalam lanskap norma baru.

“Ramai yang tertanya-tanya mengenai isu TPM, bagi kepimpinan UMNO kita lebih berminat dalam isu kesejahteraan rakyat dalam situasi terkini.

“Jika kita kaji dan nilaikan isu ini dimainkan oleh surat khabar Sin Chew, dimana akhirnya menjadi cerita panas di media-media. Ini satu modus oprandi jahat untuk mencipta presepsi negatif seterusnya menciptakan perbualan sehingga wujudkan keretakan dalam perpaduan politik parti UMNO.

“Pelbagai nama mereka keluarkan bagi melaga-lagakan kepimpinan dan juga para pendokong parti UMNO. Saya mohon jasa baik sahabat-sahabat jangan kita termakan dengan cara politik mereka kembali. Kita kena ingat PRU14 ini salah satu cara mereka raih kemenangan dengan mewujudkan isu sehingga keretakan dalaman parti.”

Tegasnya, anggota parti selalu terikut bermain galeri dan naratif ciptaan mereka tanpa kita sedari.

“Sepatutnya kini kita harus ubah pendekatan dan pendirian dimana kita cipta naratif dan galeri kita sendiri, kita tuntukan arah tuju parti kita bukan RBA yang menentukannya.

“Modus oprandi mereka masih sama, iaitu menyerangan kepimpinan utama iaitu presiden parti seperti mana pada PRU14 lalu. Serangan mereka bertalu-talu pada presiden dan kepimpinan tertinggi, malah terus melaga-lagakan kepimpinan parti , ini sebahagian strategi mereka utk sekali lagi jatuhkan keyakinan rakyat malah pendokong parti tanpa kita sedari.

“Saya selaku pemimpin muda dalam UMNO mohon sahabat-sahabat untuk kita rapatkan saf dan fokus siapa musuh utama kita iaitu PH. Saya amat berharap agar kita jangan berpecah dan mewujudkan keretakkan dalaman parti kita, kerana inilah yang mereka mahukan.”

Ujarnya, UMNO akan terus relevan dan kuat jika kita tolak budaya perpecahan dan serang antara satu sama lain.

“Perjuangan, Penyatuan, Pengukuhan, Perlaksanaan , Perpaduan. Lima ‘P’ ini agenda yang saya bawa secara konsisten sejak 9hb Mei 2018 sebagai pembangkang sehingga kini…. Salam Perjuangan,” katanya lagi yang juga Ketua UMNO Bahagian Subang. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.