Pengundi BN Disogok Wang… Tun M Cuba Tutup Kebobrokan Sendiri?

KUALA LUMPUR, 4 Sept – Apakah agaknya perasaan orang Slim bila dituduh mengundi Barisan Nasional (BN) kerana disogok dengan wang?

Demikian persoalan yang dilontarkan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, hari ini berkaitan dakwaan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa pengundi BN dibayar untuk mengundi calonnya.

“Apakah ini satu cara untuk menutup kebobrokan diri yang sebenarnya mengamalkan sogokan wang hingga Syed Saddiq sendiri mendedahkan sebab meninggalkan Bersatu yang diterajui Tun M dahulu lantaran parti itu diselubungi budaya wang yang parah,” bidas beliau melalui laman facebooknya, hari ini.

Tegas Dr Asyraf Wajdi, ini bukan sahaja fitnah tetapi satu bentuk penghinaan kepada pengundi-pengundi di Slim.

“Takkanlah maruah mereka hanya RM100?” ujarnya lagi.

Dilaporkan, semalam pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, Dr Mahathir memaklumkan berlakunya penipuan secara besar-besaran dalam pilihan raya di DUN Slim.

Ujarnya, pengundi-pengundi dibayar di dalam bas atau dalam van semasa ke pusat pengundian dengan bayaran kali pertama RM100 dan setelah menunjukkan mereka memilih BN, mereka akan dapat lagi baki RM150.

Menerusi PRK tersebut, BN berjaya mengekalkan kerusi DUN Slim apabila calonnya, Mohd Zaidi Aziz berjaya memperoleh kemenangan besar dengan majoriti 10,945 undi setelah memperoleh 13,060 undi.

Calon Bebas yang ditunjangi Parti Pejuang tajaan Dr Mahathir iaitu iaitu Amir Khusyairi Mohamad Tanusi memperoleh sebanyak 2,115 undi sementara S Shantarasekaran hilang wang deposit apabila hanya mendapat 276 undi. – UMNO Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.