Tubuhkan RCI Segera Untuk Siasat Harta-harta Yang Telah Dijual PH – Shahidan

 

KUALA LUMPUR, 22 Julai – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim berharap agar Suruhanjaya Siasatan di-Raja (RCI) segera diwujudkan bagi menyiasat isu harta-harta yang telah dijual oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang lalu.

Nak selesai benda ini bukan hanya buat laporan polis saja…ia mesti diselesaikan melalui RCI dan juga harus dipercepatkan untuk menyiasat apa yang berlaku di dalam Tabung Haji (TH). Kita lihat dulu laporan polis daripada pengurusan TH dan Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang telah mengeluarkan kenyataan di Parlimen baru-baru ini.

“Kita meminta TH membeli balik harta yang telah dijual dengan harga yang murah,  sebab TH adalah hak orang Islam,” tegasnya.

Untuk rekod semasa pentadbiran PH, kerajaan telah membuat keputusan menjual 14 anak syarikat THP yang memiliki ladang berkeluasan sebanyak 76,957 hektar iaitu bersamaan 76.2 peratus daripada jumlah keseluruhan ladang milik anak syarikat THP.

Penjualan itu juga menyebabkan keluasan ladang milik THP sebanyak 100,976 hektar telah berkurangan sebanyak 76.2 peratus kepada 24,000 hektar sahaja.

Sebelum itu Shahidan yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO mempertikaikan kenyataan yang diberikan oleh Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh yang mengatakan gangguan audio pernah berlaku pada tahun 2007.

Tegas Shahidan, sewajarnya pihak kerajaan harus mengenakan tindakan terhadap ahli Parlimen tersebut kerana ia telah mengelirukan ahli Dewan Rakyat dengan kenyataanya.

“Saya juga mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya Ahli Parlimen Bukit Gelugor yang melanggar peraturan 36/12 iaitu mengelirukan Dewan Rakyat dan dirujuk kepada Jawatankuasa Hak Kebebasan kerana tidak bercakap benar pada peristiwa yang berlaku pada 2007.

Meminta agar pihak Polis di Raja Malaysia (PDRM) menyiasat berhubung orang yang melanggar hak peribadi ataupun perkumpulan semasa mengadakan mesyuarat mahupun perbincangan,” katanya semasa sidang media di Parlimen, di sini hari ini.

Tambah Shahidan lagi, ia turut menyentuh hak-hak peribadi dan sewajarnya tidak boleh diketengahkan dengan begitu saja. UMNO Online.

Oleh: Amin Adnan 

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.