Tabung Haji: Segerakan Tubuh RCI, Siasat Salah Laku – Zahida

KUALA LUMPUR, 22 Julai – Pergerakan Puteri UMNO mendesak agar Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) segera ditubuhkan bagi menyiasat segala salah laku serta kerosakan di dalam Tabung Haji (TH) dan mengheret mereka yang ‘curang’ ke muka pengadilan.

Kata, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, sebelum ini banyak pihak sudah bangkitkan kemarahan rakyat terutamanya pendeposit TH, apabila kerajaan Pakatan Harapan (PH), ‘kerajaan Pajak Gadai Dap’ menjual aset TH secara lambak ketika tempoh 22 bulan di Putrajaya.

“Akhirnya terbukti segala fitnah dan label PH terhadap pemimpin UMNO sebagai perompak, pencuri hanyalah propaganda jahat untuk menutup kejahatan mereka sendiri. Kekanda Mujahid, jangan lari!” tegasnya dalam kenyataan berkaitan hal tersebut.

Dilaporkan sebanyak 76.2 peratus daripada jumlah keluasan ladang milik TH telah dijual kepada syarikat Bukan Bumiputera pada masa harga minyak sawit di pasaran jatuh merudum.

“Pagi ini Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mendedahkan tindakan khianat pemimpin PH terhadap pendeposit TH,” katanya.

Dalam sidang Parlimen pagi tadi, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary memaklumkan kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk membatalkan penjualan aset syarikat TH Plantations Bhd (THP) berikutan banyak perkara berkaitan yang perlu diteliti semula.

Malah, beliau menegaskan bahawa penjualan aset THP tidak akan menyelesaikan jumlah hutang yang membebankan syarikat terbabit yang sebaliknya memerlukan penstrukturan semula bagi tujuan menguruskan aliran tunai.

Ahmad Marzuk berkata keputusan untuk menjual 14 anak syarikat THP yang memiliki ladang berkeluasan sebanyak 76,957 hektar iaitu bersamaan 76.2 peratus daripada jumlah keseluruhan ladang milik anak syarikat THP, telah dibuat semasa pentadbiran Pakatan Harapan pada Ogos 2019.

Penjualan itu juga menyebabkan keluasan ladang milik THP sebanyak 100,976 hektar telah berkurangan sebanyak 76.2 peratus kepada 24,000 hektar sahaja. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.