COVID-19: Patuhi SOP PKPP, Jangan Sampai PKP Semula – Zahida

KUALA LUMPUR, 21 Julai – Pergerakan Puteri UMNO mengingatkan orang ramai untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan jangan sampai negara terpaksa laksana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semula.

Ketuanya, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, berjaya atau tidak menghentikan rantaian penularan covid 19 ini adalah bergantung kepada kerjasama kita semua, sama-sama lah kita bantu permudahkan tugas para ‘frontliners’.

“Seperti perutusan YAB Perdana Menteri semalam kita dapat simpulkan bahawa betapa pentingnya kerjasama kita semua untuk memastikan keadaan terus terkawal, hingga rantaian wabak ini benar-benar dapat diputuskan, kesihatan rakyat terjamin, ekonomi negara dapat terus memulih,” katanya dalam kenyataan berkaitan hal tersebut.

Justeru katanya, untuk mencegah daripada penularan wabak ini daripada terus meningkat Puteri UMNO mencadangkan seperti berikut:

1. Wajibkan pemakaian penutup mulut dan hidung hanya menggunakan 3-ply mas dan bukan mask kain yang dilapor kurang berkesan.

2. Laksanakan semula kuarantin wajib 14 hari di pusat kuarantin yang ditetapkan oleh pihak KKM dengan kawalan pihak berkuasa. Ternyata Self-quarantine tidak berkesan kerana invidu positif dilihat tidak berdisiplin.

3. Mereka yang ingkar kuarantin juga perlu dikenakan penjara mandatori dan bukan hanya dengan denda kompaun RM1,000 sahaja.

4. Tingkatkan pemantauan SOP di tempat awam terutamanya di premis makanan, pusat beli-belah, pusat hiburan, majlis-majlis sosial dan tempat umum yang sesak & padat.

“Kami juga suka untuk menasihatkan agar kita semua terus mengamalkan cara hidup norma baharu dengan mematuhi SOP yang ditetapkan.

“Pakai ‘3-ply facemask’ apabila berada di luar, sentiasa cuci tangan menggunakan sabun, guna hand sanitizer, dan terus jaga penjarakan sosial,” katanya.

Terdahulu dilaporkan, dalam tempoh PKPP yang dijadualkan akan berakhir pada 31 Ogos 2020 ini menunjukkan trend 1 angka positif COVID-19 dan beberapa hari dilaporkan 0 kes.

“Pertama sekali kita harus rasa bangga pada pencapaian semasa selepas lebih 4 bulan para frontliners seperti petugas KKM, pasukan keselamatan dan lain-lain bertungkus lumus berperang dengan musuh halimunan ini. Terima Kasih ‘Frontliners.

“Dalam tempoh PKPP ini banyak sektor sudah mula beroperasi semula seperti pelancongan, pusat-pusat sukan, riadah, perhotelan dan lain-lain. Ramai yang telah ambil kesempatan untuk rentas negeri untuk balik kampung dan melancong dalam negara ini adalah petanda positif bagi merancakkan ekonomi domestik negara.”

Namun begitu ujarnya, trend peningkatan kes kepada dua angka baru-baru ini mula membimbangkan, berdasarkan laporan Kementerian Kesihatan Malaysia kes baharu harian dalam tempoh seminggu menunjukkan hanya 4 kes pada 14 Julai dan naik mendadak kepada 21 kes pada 20 Julai.

“13 Kluster baru terutamanya mereka yang pulang ke Malaysia daripada luar negara dikhuatiri akan menjadi punca kepada ‘new wave’ yang mengakibatkan kerjaan terpaksa laksana PKP semula. Jangan sampai negara terpaksa laksana PKP semula,” katanya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.