Kes Bicara Ahmad Zahid: Empat Saksi Setuju Transaksi Tiada Menyalahi Undang-Undang

KUALA LUMPUR, 15 Jun – EMPAT saksi yang tampil memberi keterangan kes membabitkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini mengakui, transaksi perbankan yang dibuat adalah mengikut peraturan yang ditetapkan, telus, boleh dikesan semula dan tidak menyalahi sebarang undang-undang.

Bermula dengan saksi pendakwa ke-44, Mar Sai Chin berkata, semua transaksi direkodkan dan boleh dikesan semula.

Sai Chin, 49, menjadi saksi ‘pertama’ yang dipanggil oleh pihak pendakawaan pagi ini bagi memulakan semula, prosiding perbicaraan Ahmad Zahid.
Ketika pemeriksaan balas oleh peguam bela Ahmad Zahid, saksi berkata, beliau tahu penerima bayaran Lewis & Co adalah firma guaman berdasarkan transaksi direkod.

“Setuju dengan soalan peguam bela bahhawa bayaran dibayar pada Lewis&Co, firma guaman dan transaksi direkodkan.

“Setuju transaksi yang direkodkan boleh dikesan dan tidak ada salah, tidak menyalahi dari segi undang-undang,” kata Siew Chin dengan jelas dan terang kepada peguambela di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.

Ujar Siew Chin lagi ketika disoal pula oleh Pendakwaraya mengapa dia bersetuju dengan peguambela, ini jawapan beliau:

“Transaksi ini adalah normal transaksi. Jawapan berdasarkan dokumen yg ada di hadapan saya.

“Mengapa saya bersetuju Lewis&Co ialah firma guaman kerana saya merujuk kepada cek.

“Daripada nama Lewis&Co, ia adalah client account. Itu perkara biasa mengikut lojik (Common thing base on cimmon sense).”

Siew Chin bersetuju apabila pendakwa raya mengatakan jawapan yang diberi bukan sahaja berdasarkan lojik akal atau common sense tetapi juga berdasarkan pengalaman saksi sebagai Pegawai Public Bank.

Saksi ke-45, Yusri Mat Yasri , Penolong Pengurus Maybank cawangan Setapak, Kuala Lumpur yang tampil memberi keterangan selepas Siew Chin dilepaskan berkata, transaksi tidak ada apa-apa yang tersembunyi.

Saksi ke-46, Lina Zailan dan saksi ke-47, Lau Ai Man, masing-masing memberikan jawapan bahawa transaksi daripada pembayar kepada penerima tidak menyalahi umdang-undang, transaksi normal di mana-mana bank dan boleh dikesan kerana semua transaksi direkodkan.

Mahkamah berehat sebentar dan akan bersambung semula.

Pendakwaan dijalankan oleh Haris Ong Mohd. Jeffrey Ong pagi ini manakala peguam bela ialah Mohd. Haziq Dhiyaudin Razali. – SuaraMerdeka

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.