PH Jangan Bercakap Bagi Pihak UMNO, Kami Sedia Sebarang Kemungkinan – Shahril

KUALA LUMPUR, 8 Jun – Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan secara sinis mengingatkan pimpinan Pakatan Harapan (PH) agar tidak menjadi penganalisa bagi pihak UMNO kerana parti itu bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Menerusi catatanya di Facebook, beliau menjelaskan tindak-tanduk mereka itu sudah boleh dibaca kerana mengimpikan episod lompat-melompat dengan harapan bahawa sekiranya cukup Ahli Parlimen, mereka hendak merampas Kerajaan tanpa perlu PRU.

“Terbaca berita bahawa pemimpin-pemimpin PKR dan DAP kata kedua-dua belah pihak PN dan PH tak mahu pilihanraya segera. Pertama, kita tak perlu jadi penganalisa politik hebat pun boleh baca kenapa mereka cakap begini. Kerana mengimpikan episod lompat-melompat dengan harapan bahawa sekiranya cukup Ahli Parlimen, mereka hendak merampas Kerajaan tanpa perlu PRU.

“Mereka takut nak berhadapan dengan rakyat. Berbeza dengan BN dan PAS sewaktu Kerajaan PH jatuh dengan sendirinya, Ahli-ahli Parlimen Muafakat Nasional jelas mengatakan mereka sedia ke Pilihan Raya Umum (PRU) tetapi terpulang kepada kebijaksanaan  Yang di-Pertuan Agong dan terikat kepada peruntukan Perlembagaan,” katanya.

Kedua katanya lagi jangan memandai cakap bagi pihak UMNO dan jika tidak mahu PRU segera, baik buat kerja sebagai pembangkang dan berilah kritikan membina mengenai dasar Kerajaan.

“Kami tak mengundang pilihanraya tatkala Covid-19, tapi kalau itu ketentuannya, tahu la kami buat kerja. Bukan kami yang terkinja-kinja nak meruntuhkan Kerajaan, main psywar konon ada 129 Ahli Parlimen dan sebagainya.

“Ketiga, bercakap tentang kritikan Kerajaan, Pengarah Strategi PKR YB Sim Tze Tzin cuba menggambarkan bahawa segala pakej bantuan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin dan Kabinetnya adalah hasil kutipan pendapatan Kerajaan bawah PH. Nak claim mileage.

“Laporan berita menyebut YB Sim berkata “…Muhyiddin (used) revenue brought in by the PH administration and give out large amounts in welfare aid to the people.”

“Pendapatan (revenue) Kerajaan bawah PH? Pendapatan apa bila GST dimansuhkan semata-mata tidak mahu legasi BN? Pendapatan apa bila hutang Kerajaan bertambah sepanjang 22 bulan termasuk hutang bon samurai?,” ujarnya.

Ujar beliau lagi macam mana YB Sim boleh kata Kerajaan sekarang guna pendapatan Kerajaan dulu bila data Bank Negara menunjukkan pendapatan bulan Januari dan Februari 2020 (sejurus sebelum jatuh akibat gaduh sendiri) turun berbanding Januari dan Februari 2019… Duit apa yang kamu tinggalkan…(Rujuk lampiran)

“Maka, PH jika anda takut rakyat gembira dengan bantuan Kerajaan, itu masalah anda. Siapa suruh tak tunai janji manifesto? Kalau takut nak PRU, itu hal anda. Jangan bercakap bagi pihak kami. UMNO tidak meninggi diri tetapi kami tidak gentar dengan sebarang kemungkinan,” tambahnya.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.