Projek Jalan Pesisir Labuan Bernilai RM132 Juta Dijangka Siap April Tahun Depan

LABUAN, 7 Jun – Projek jalan pesisir Labuan bernilai RM132 juta dijadualkan siap pada April tahun depan selepas berlaku kelewatan sebanyak sembilan peratus dari segi kemajuan kerja susulan Perintah Kawalan Pergerakan sebelum ini dan isu pengambilan tanah.

Projek jalan raya sepanjang 5.1 kilometer di bawah Rancangan Malaysia ke-11 itu dijangka memanfaatkan sekurang-kurangnya 35 peratus pengguna di pulau bebas cukai tersebut seperti Kampung Tanjung Aru, Nagalang, Kerupang 1, 2 dan 3 bagi menikmati trafik lebih lancar untuk ke pusat bandar.

Projek itu bermula pada Disember 2017 dari Membedai ke Tanjung Aru dan dijangka meningkatkan kesalinghubungan Labuan selain mengurangkan kesesakan lalu-lintas di sepanjang Jalan Tun Mustapha.

Perkara itu dinyatakan dalam taklimat ringkas jurutera kanan Jabatan Kerja Raya Ir Sudin Hasim kepada Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa di tapak projek tersebut hari ini.

Pembangunan keseluruhan projek itu mencapai kemajuan kira-kira 75 peratus dengan baki 25 peratus ialah bagi pembinaan jalan raya sepanjang 1 kilometer ke Membedai.

Projek itu membabitkan kawasan seluas 49.9 ekar dengan 53 lot atau 21 ekar daripadanya dimiliki orang persendirian, 11 lot (28.9 ekar) merupakan tanah milik kerajaan manakala bakinya iaitu tiga lot atau 0.6 ekar adalah milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.

Terdahulu, Annuar melawat projek produk berasaskan ikan tuna di Jabatan Perikanan di sini dengan diiringi Ketua Setiausaha kementeriannya Datuk Rosida Jaafar, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan (LC) Dr Fary Akmal Osman serta pegawai-pegawai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LC iaitu IbrahimTambil dan Rithuan Ismail.

Ini merupakan lawatan sulung Annuar ke Labuan selepas pelantikannya sebagai Menteri Wilayah Persekutuan pada Mac lalu.- BERNAMA

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.