Tun Tidak Perlu Jadi Jurucakap Dap, Rakyat Tidak Akan Tertipu Lagi – Jais Sarday

KLUANG, 20 Mei – Ketua UMNO bahagian Kluang Datuk Md Jais Sarday berkata, Tun Dr Mahathir Mohamad patut malu dengan diri sendiri apabila mengeluarkan kenyataan kononnya dirinya berasa malu apabila ramai orang Melayu percaya Dap akan hancurkan orang Melayu jika ia berada dalam Kerajaan Malaysia.

Jelas beliau, Tun sepatutnya melihat kembali setiap video ucapan yang pernah diucapkan kerana beliaulah yang mengajar orang Melayu khususnya ahli UMNO untuk membenci Dap.

“Tun patut malu apabila mengeluarkan kenyataan seperti itu kerana banyak bukti yang menunjukkan betapa Tun begitu membenci Dap tapi hanya kerana kuasa Tun sanggup pusing 360 darjah.

“Sepatutnya Tun tidak mengeluarkan kenyataan yang tidak melambangkang gelaran ‘negarawan’. Janganlah rosakkan gelaran itu dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak sepatutnya,” ujar beliau kepada UMNO-Online.

Tambah Jais, Tun tidak perlu membela Dap kerana selama 22 bulan Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan, rakyat sudah dapat menilai siapa Dap sebenarnya dan kerana itulah belumpun satu penggal, PH sudah begitu dibenci oleh rakyat.

“BN dan UMNO tewas pada pilihan raya lalu kerana fitnah. Rakyat terpedaya dengan janji manis PH dan akhirnya rakyat dapat menilai siapa yang mampu membela nasib rakyat.

“Jadi, tidak perlulah Tun menjadi jurucakap Dap,” tegas beliau.

Kenyataan Tun tersebut ternyata mendapat kecaman di media sosial yang rata-rata mengatakan Tun sudah lupa diri dan nyanyuk.

Antara kenyataan Tun adala beliau mengaku mengaku orang Melayu mempunyai banyak kelemahan. Mereka tidak berjaya dalam bidang perniagaan dan perusahaan. Ramai juga orang Melayu yang miskin, yang terlibat dengan dadah, jenayah-jenayah tertentu dan rasuah. Dalam penjara pun terdapat ramai banduan Melayu.

Tun juga mengatakan mungkin sekarang ada Melayu bacul, tidak seperti Melayu dahulu yang berani. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.