‘Hello… Hello Presiden UMNO’: Sektor Kesihatan Dan Ekonomi Cukup Penting Untuk Negara – Zahid

KUALA LUMPUR, 12 Mei – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berkongsi pandangan serta bertukar buah fikiran bersama Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berpandangan apa yang dilakukan oleh kerajan hari ini melibatkan sekotor ekonomi cukup penting termasuklah usaha kerajaan dalam sektor kesihatan yang memberi penekanan terhadap para pekerja.

Menerusi segmen ‘Hello…Hello Presiden UMNO’, Ahmad Zahid berkata memang benar sektor kesihatan dan sektor ekonomi merupakan dua perkara yang cukup penting malah jika indutri dan urusniaga tidak dapat dilakukan sepenuhnya akan mendatangkan kerugian kepada negara.

“Memang benar bahawa sektor kesihatan dan sektor ekonomi cukup penting di mana jika industri dan urusniaga tidak dapat dilakukan sepenuhnya maka negara kehilangan kira-kira RM2.4 Bilion sehari dan ini merupakan satu jumlah yang sangat-sangat besar… ini mungkin akan menjejaskan dengan teruk urusniaga dan juga sektor komersil di negara kita,” katanya.

Menerusi program tersebut yang disiarkan secara live menerusi facebook UMNO-Online, Ahmad Zahid melihat saranan Kementerian Sumber Manusia yang menyarankan waktu anjal untuk bekerja daripada rumah asalkan ada produktiviti yang diaplikasikan hari ini merupakan satu pelaksanaan yang boleh diteruskan pasca COVID-19.

Ahmad Zahid turut menyentuh soal pekerja asing yang mana pada hemat beliau sudah tiba masanya kerajaan mengkaji satu rancangan jangka panjang kebergantungan terhadap pekerja asing berkenaan.

“Saya lihat di beberapa negara di mana tidak ramai pekerja asing terutama dalam sektor 3D iaitu pekerjaan ‘dirty, dificult, dangerous’. Kita lihat di Jepun, Korea dua buah negara maju ini tidak bergantung kepada pekerja asing. Saya tahu permasalahannya ialah para majikan sukar untuk mendapatkan pekerja tempatan. Mereka menuduh daya tempatan daya tahan pekerja tempatan ini kurang… mungkin bekerja dalam tempoh sbeulan dua selepas itu tidak tahan cari pekerjaan lain.

“Ada masalah lain umpamanya mereka sering bercuti. Ini masalah yang mereka utarakan dan saya pernah adakan dialog dengan persatuan majikan, persatuan pengilang dan sebagainya. Saya tahu masalah tetapi saya fikir sebagai sebuah negara yang kan menjadi sebuah negara maju juga akhirnya kita harus bersedia bukan sahaja memberikan latihan kemahiran kepada pekerja-pekerja dalam sektor 3D, tetapi pada waktu yang sama majikan haruslah mengambil kira bahawa mungkin’pendapatan’ pekerja-pekerja itu secara relatifnya msaih rendah. Jadi itu mungkin tidak dapat menarik rakyat tempatan untuk menjadi pekerjad alam sektor 3D.

“Apakah kerajaan ada pelan rangka panjang pekerja asing ini kalau tidak disifarkan pun mesti diminimumkan dan keutamaan kepada tenaga kerja dalaman. Walaupun majikan mungkin tidak setuju gaji minima dalam sektor tertentu itu agak membebankan mereka kerana kos productin agak tinggi tetapi kita sebagai kerajaan harus mencadangkan dengan melakukan ‘engagement’ bukan sahaja persatuan majikan, persatuan yang menjaga pekerja dan sebagianya supaya ada titik pertemuan dan kebajikan untuk para pekerja ini dapat diberikan keutamaan,” ujarnya.

Sementara itu, bagi Datuk M. Saravanan mengakui memang benar sektor kesihatan dan sektor ekonomi merupakan satu perkara atau pun aspek yang amat penting untuk negara ini.

“Kita lihat krisis ekonomi dan krisis kesihatan. Kita tidak boleh melepaskan kedua-dua dan kedua-dua ini amat penting untuk pembangunan negara. Kerajaan telah hampir mengatasi krisis kesihatan yang mana Pandemik Covid 19 masih terkawal di negara kita. Tetapi daripada segi ekonomi kita telah mengalami suasana yang begitu teruk daalm tempoh dua tiga bulan ini maka kerajaan buat keputusan kita tidak lepas tangan dalam sektor ekonomi.

“Dan apabila kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sektor-sektor pembuatan atau sektor ekonomi dibenarkan beroperasi dengan syarat tertentu, mengekalkan elemen keselamatan dan sepertimana yang disyorkan oleh KKM. Begitu terdapat sektor ekonomi yang para pekerjanya bekerja boleh bekerja daripada rumah,” katanya.

Kata beliau lagi beberapa pendekatan tertentu telah diambil oleh pihak kementerian khususnya dalam soal melibatkan kebajikan para pekerja termasuklah dalam perkara berkaitan saringan kesihatan COVID-19 serta soal pekerjaan.

“Beberapa negara telah memperlihatkan pekerja asing telah melahrkan gelombang kedua COVID-19 sepertimana yang berlaku di Singapura, maka dengan itu pelbagai langkah yang serius telah diambil oleh kerajaan terhadap sektor pekerja asing ini termasuklah pekerja tempatan dengan mengadakan ujian saringan kesihatan secara bersasar dengan memberi tumpuan kepada zon merah dan sebagainya setakat ini.

“Kita juga telah meminta majikan supaya tidak ‘retrench’ mana-mana pekerja dan ini yang penting… tetapi pada masa yang sama jika mengalami masalah ada yang telah dibantu oleh kerajaan melalui bantuan SOCSO. Contohnya SOCSO bagi ERP program yang mana majikan yang mengekalkan pekerja SOCSO akan memberi bantuan gaji dan sebagainya,” tambahnya lagi.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.