Apakah Keperluan Dan Kewajaran Undi Tidak Percaya Terhadap PM – Fairuz

KUALA LUMPUR, 8 Mei – Apakah keperluan untuk melakukan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilantik secara sah mengikut lunas perlembagaan? Adakah prestasi kerajaan PN terlalu teruk sehingga rakyat kebuluran? Saya yakin PN jauh lebih baik daripada PH dan rakyat pun menolak PH semahu-mahunya, demikian menurut Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Fairuz Edzuan Jamaludin.

Beliau seterusnya menambah perlantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin berdasarkan lunas Perlembagaan Persekutuan dan tidak perlu membuat undi tidak percaya malah, tindakan pemimpin Pakatan Harapan (PH) seolah-olah tidak menghormati keputusan yang telah dibuat oleh Yang Dipertua Agong (YDPA).

“Agenda muslihat Tun Mahathir dan kuncu-kuncunya terbongkar jua segala-galanya. Mereka menggunakan retorik ‘rakyat’ sekadar untuk memenuhi nafsu serakah politik. Dalam keadaan pandemik sebegini, politik lebih menjadi keutamaan berbanding kebajikan rakyat.

“Gila kuasa, gila jawatan, gila nak jadi PM…inilah ungkapan sesuai untuk menyimpulkan PH. Adakah mereka ini perjuangkan rakyat? Tentunya tidak. ..nilaikan sendiri kerakusan mereka.

“Saya fikir di bulan mulia ini… Allah telah menunjukkan segala-galanya kepada rakyat betapa mereka ini lebih mengutamakan jawatan, kuasa dan kedudukan melebihi kepentingan rakyat. Semoga Allah lindungi Malaysia daripada terus dirosakkan oleh Tun M dan juga PH,” katanya.

Tambah Fairuz lagi, inilah agenda sebenar mereka beria-ria mahu sidang parlimen diadakan yang kononnya mahu sidang parlimen diadakan untuk membahaskan tentang pandemik dan juga Pakej Rangsangan Ekonomi.

“Kalau dulu… Tun M sendiri yang meletakkan jawatan dikala rakyat memerlukan kerajaan yang stabil untuk memerangi COVID-19. Kini selepas Tun M gagal merebut jawatan ketua pembangkang, maka beliau datang lagi untuk merebut jawatan PM, tegasnya – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.