COVID-19: Kerajaan Laksana Pelbagai Langkah Untuk Jaga Rakyat dan Negara – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 7 April – Pelbagai langkah dan pelbagai bentuk ransangan yang diumumkan oleh kerajaan menerusi Pakej Ransangan Ekonomi sebelum ini termasuklah yang pengumuman tambahan semalam yang bertujuan untuk kepentingan rakyat dan negara khususnya dalam menjana pertumbuhan ekonomi semasa.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata Pakej Ransangan Ekonomi (Tambahan) yang mengkhususkan kepada Perusahaan kecil dan Sederhana (PKS) bukannya untuk membantu para peniaga semata-mata tetapi hakikatnya adalah untuk rakyat.

Menurut beliau kerajaan tentunya tidak mahu melihat rakyat negara ini hilang pekerjaan setelah negara dan seluruh dunia hari ini dilanda wabak COVID-19 dan ianya sudah pasti menuntut kerjasama, sokongan serta dokongan pelbagai pihak dalam menjayakan apa yang telah dirancang itu.

“Dan yang diumumkan semalam sebagai contoh kepada 700 ribu ‘one off’ RM3,000 menjadikan itu sahaja RM2.1 bilion pemberian kerajaan kepada mereka. Selain daripada itu bantuan-bantuan daripada sudut sewa yang mana kalau swasta diminta kurangkan kadar sewa premis perniagaan mereka, kemudian jika di premis kerajaan dan GLC diminta ditiadakan tiga bulan sewa.

“Selain itu kosong peratus ‘interest’ iaitu pinjaman-pinjaman kecil mikro-kredit  sama ada oleh Bank Simpanan Nasional atau pun oleh TEKUN… ada pinjaman RM500 juta lebih dan sebagainya itu kosong peratus ‘interestnya’ dan ini semua akan membantu menggerakkan industri.

“Selain itu, subsidi upah yang mana pekerja berjumlah 200 orang,  maka subsidi upah dengan jumlah tertentu, dan jika pekerja seramai 72 orang dan ke bawah subsidi upahnya selama tiga bulan tiap-tiap bulan RM1,200 untuk setiap pekerja. Dan ini tentu sekali ianya boleh membantu PKS dan kita tidak mahu rakyat kita hilang pekerjaan,” katanya.

Ahmad mengulas perkara berkenaan pada program Hujah anjuran Penerangan UMNO Malaysia (PUMAS) yang mengupas isu ‘COVID-19: Musibah Yang Mengubah Dan Berubah’. Segmen berkenaan disiarkan secara ‘live’ menerusi Facebook UMNO-Online, malam tadi.

Tambah Ahmad yang sebelum ini merupakan bekas Timbalan Menteri Kewangan dan dipertanggungjawabkan menjaga SME,  mereka yang bekerja dengan PKS boleh dianggarkan dua pertiga daripada jumlah pekerjaan di Malaysia.

“Daripada tiga orang yang bekerja, dua pertiga kerja dengan PKS dan ini penting untuk PKS dan langkah yang amat penting kepada kerajaan. Ada orang kata apahal nak menolong peniaga… kita bukan hanya nak menolong mereka malah rakyat supaya mereka tidak hilang pekerjaan akibat daripada kurangnya permintaan dan sebagainya lagi termasuklah kekurangan perbelanjaan ketika PKP ini,” ujarnya.

Tambah Ahmad lagi bantuan-bantuan yang dihulurkan oleh kerajaan dalam bentuk tunai dan sebagainya lagi adalah untuk menggerakkan ekonomi negara.

“Kita kena berbelanja dan jika tidak berbelanja ekonomi tidak akan bergerak. Kita bolehlah berbelanja ikut kemampuan tetapi jika kita terus mengikat perut ekonomi pun akan juga terikat. Itu yang penting dan apa pun perbelanjaan perlulah berhemah. Kita bolehkan kurangkan peratusan tertentu perbelanjaan sekadar ikut kemampuan.

“Pertumbuhan ekonomi negara boleh jadi negatif dan ini laporan Bank Negara dua tiga hari lepas sama ada ekonomi negara betul-betul hanya satu atau dua peratus ataupun ianya boleh jadi negatif satu atau dua peratus. Jadi  bagaimana kita menguruskan ekonomi rakyat dan ekonomi negara,” ujarnya lagi yang juga Ahli Parlimen Pontian. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.