Jika Ada Peniaga Naikkan Harga Barang, Lapor Segera – Dr. Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 31 Mac – Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyeru kepada para peniaga agar jangan mengambil kesempatan menaikkan harga barang di saat genting ini.

Jelas beliau, sekiranya ada para peniaga yang gagal mematahui arahan, orang ramai hendaklah membuat laporan kepada pihak berkuasa agar tindakan segera dapan diambil.

“Kerajaan telahpun memberi penjelasan bahawa barangan keperluan makanan mencukupi. Jadi para peniaga jangan pula mengambil kesempatan menaikkan harga barang. Ada beberapa rintihan pengguna mengenai kenaikkan harga barang dan mungkin hanya di beberapa kawasan.

Saya menyeru jangan ada yang mengambil kesempatan menaikkan harga barangan di saat genting ini. Jika ada yang gagal mematuhi arahan sila laporkan kepada pihak berkuasa,” ujar beliau menerusi status yang dimuat naik di facebook peribadinya.

Untuk rekod, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi telah memberi jaminan bekalan barangan keperluan adalah mencukupi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

Beliau berkata, kementeriannya bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan untuk melakukan perjumpaan dengan pemain industri bekalan makanan dari semasa ke semasa agar orang ramai tidak melakukan pembelian panik susulan tempoh PKP dilanjutkan sehingga 14 April ini.

“Saya dan Timbalan Menteri telah melakukan lawatan mengejut ke beberapa pasar raya dan (melakukan) tinjauan. Maklum balas daripada penguat kuasa KPDNHEP di seluruh negara mendapati stok bekalan keperluan mencukupi dan tiada kenaikan harga.

“Bagi memastikan bekalan barangan makanan terjamin dan tidak berlaku kenaikan harga, seramai 2,500 penguat kuasa KPDNHEP telah digerakkan di seluruh negara,” katanya dalam Pesanan Khidmat Masyarakat (PSA) mengenai situasi semasa bekalan barang keperluan yang disiarkan oleh semua stesen televisyen di sini hari ini.

Beliau berkata, KPDNHEP akan mengambil tindakan tegas jika terdapat peniaga yang melanggar Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.