PH, Tun M Dan Guan Eng Tinggalkan Banyak Masalah Kepada Negara – Tun Faisal

KUALA LUMPUR, 9 Mac – “Apa masalah Mahathir, Lim Guan Eng, PH tinggalkan kepada kita?

Demikian persoalan yang ditimbulkan oleh bekas Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas Tun Faisal Ismail Aziz di Facebook miliknya.

Menjawab persoalan tersebut ujar Tun Faisal, selain sering membentangkan bajet tahunan yang tidak realistik, PH juga kerap menambahkan hutang negara dan menjarah duit Petronas.

“Ekonomi yang merosot, rizab yang berkurangan, pasaran saham yang lesap RM360 bilion, tambahan hutang lebih RM100 bilion.

“Jumlah aset yang semakin berkurangan kerana telah dijual sewenang-wenangnya,” kata Tun Faisal yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya dalam memberikan antara contoh masalah besar yang negara sedang hadapi kini.

Justeru itu, Tun Faisal menyenaraikan secara ringkas dan mudah untuk difahami oleh rakyat apakah masalah-masalah yang kini dihadapi oleh negara hasil peninggalan kerajaan Pakatan Harapan (PH) di bawah kepimpinan Perdana Menteri Ketujuh Tun Dr Mahathir Mohamad dan juga bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

1. Bajet tidak realistik, menggunakan anggaran USD70 setong dan tidak membuat pembetulan semula bajet berdasarkan harga minyak semasa.

2. Mengembalikan kebergantungan negara terhadap minyak, sedangkan Datuk Seri Najib Razak sudah mengurangkan kebergantungan ini. Dahulu Najib telah menurunkan kebergantungan daripada 41% kepada 14%, sebelum PH menaikkan semula kepada 30.9%.

3. Menjarah rizab Petroleum.

4. Politik yang tidak stabil berpunca daripada perebutan jawatan Perdana Menteri antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Mahathir, mengakibatkan RM91 bilion lesap dari negara sepanjang tempoh seminggu drama khianat-mengkhianati antara Tun Mahathir dan PH.

5. Ekonomi yang merosot, rizab yang berkurangan, pasaran saham yang lesap RM360 bilion, tambahan hutang lebih RM100 bilion.

6. Jumlah aset yang semakin berkurangan kerana telah dijual sewenang-wenangnya.

7. Hubungan yang teruk dengan negara-negara yang pernah menjadi rakan dagang Malaysia. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.