Hak Bersuara Bukan Bermaksud Boleh Fitnah, Hasut Terutama Terhadap YDP Agong – Dr Shamser

KUALA LUMPUR, 4 Mac – Pengamal Undang-undang Dr Shamser Singh Thind berkata hak memberi pendapat tidak termasuk hak memfitnah atau menghasut, terutamanya hal ehwal berkaitan dengan Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

Katanya dalam satu hantaran di Facebook, semua orang maklum hanya YDPA sahaja yang boleh melantik Perdana Menteri (PM).

“PM yang dilantik oleh YDPA menurut Perlembagaan Persekutuan adalah PM sah.

“Jadi, bukankah mereka yang mempertikaikan pelantikan PM sebenarnya mencabar tindakan YDPA? Soalnya.

Dr Shamser memberi respon demikian mengulas kenyataan media Majlis Peguam pada 2 Mac lalu, khususnya perenggan berikut:

“All Malaysians have the right to express their views and concerns about the rapidly evolving political scenario… The police should exercise greater restraint when the freedom of speech, assembly and association is exercised by Malaysians in good faith.”

Ulasnya juga mengenai slogan seperti ‘Democracy is Dead’ adalah tidak wajar kerana pelantikan PM dibuat menurut peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

“Sekiranya mana-mana Ahli Dewan Rakyat tidak setuju bahawa PM yang dilantik itu mempunyai sokongan majoriti, maka beliau boleh buat usul undi tidak percaya.

“Kenapa nak kutuk sistem pentadbiran kerajaan kita di jalan raya?” bidasnya lagi.

Seterusnya, Dr Shamser turut menggesa pihak berkenaan tidak membabitkan YDPA atas kecelaruan politik yang berpunca daripada Pakatan Harapan (PH).

“Jangan lupa, PH gaduh sesama sendiri dan tumbang selepas Bersatu keluar gabungan dan Dr Mahathir meletak jawatan.

So kalau nak kutuk dan maki, buat kat Atuk atau Muhyiddin atau Azmin. Jangan kurang ajar dengan YDPA.

“Polis, sila tangkap mereka yang kurang ajar,” tegasnya lagi. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.