Ekonomi Negara Dalam Bahaya… Itu Legasi PH, Annuar Bidas Dap

KUALA LUMPUR, 4 Mac – Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa membidas Pengerusi Dap Perak, Nga Kor Ming mengenai tindakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengurangkan Kadar Dasar Semalam (OPR).

Dalam ciapan balasannya kepada Ahli Parlimen Teluk Intan itu, Annuar berkata ekonomi negara yang semakin bahaya ini adalah legasi peninggalan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh berharap kerajaan baharu yang dibentuk di bawah pentadbiran Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) akan segera membaiki kerosakan tersebut.

“Legasi PH…harap kjaan TSMY segera baiki kerosakan peninggalan PH,” twit Annuar membalas ciapan Kor Ming.

BNM semalam dalam satu kenyataan mengurangkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 2.50 peratus.

Ini adalah kali kedua BNM mengurangkan OPR pada tahun ini di mana sebelum ini (22 Jan) juga sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus berbanding 3.00 peratus November tahun lalu.

Untuk rekod, sepanjang PH memerintah selama 21 bulan, bermula dengan kejatuhan bursa saham negara yang menyebabkan berbilion pengaliran wang ke luar, hingga ke tahap paling rendah sejak sembilan tahun lalu (2008:1895 mata – 2019: 1,482 mata), penyusutan nilai Ringgit Malaysia, penambahan hutang negara yang meningkat amat ketara ke angka hampir RM1 trilon, pelaburan asing yang rendah dan PH juga bertindak menjual aset-aset negara secara lambak. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.