21 Bulan Bukti PH Gagal, Bubar Parlimen Untuk Pulihkan Maruah Negara – Dr Najmil

KUALA LUMPUR, 26 Feb- Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata pembubaran parlimen seperti yang dituntut Barisan Nasional (BN), PAS dan PBRS adalah langkah terbaik untuk menyelesaikan krisis politik negara secara adil dengan memberikan mandat kepada rakyat untuk menentukan masa depan negara semula.

Katanya, ketidakstabilan politik Malaysia berpunca daripada Pakatan Harapan (PH) dan Dap membuktikan kerajaan yang dipilih rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) 14 gagal berfungsi sebagai sebuah badan pentadbiran sehingga menyebabkan ‘deadlock’.

“Mewujudkan kerajaan perpaduan bersama Dap adalah malapetaka besar kepada Malaysia kerana tempoh 21 bulan kerajaan PH memerintah sudah membuktikan Dap tidak layak mengemudi negara.

“Membentuk kerajaan bersama Dap ibarat ‘memikul biawak hidup’ dengan pelbagai masalah yang diwujudkan pemimpin Dap seperti menyokong LTTE, menyokong komunis, Peguam Negara yang tidak adil dan pelbagai lagi masalah.

“Maruah negara bukan sahaja hilang apabila aset strategik bernilai lebih RM30 bilion dijual dengan sesuka hati. Mahukah kita dipimpin sekali lagi oleh sebuah parti yang rasis dan cauvanis sehingga memecah belahkan negara ini?” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Tambah Dr Najmil lagi, rakyat Malaysia tidak lupa kematian Allahyarham Adib masih tidak terbela sehingga hari ini selain beberapa perkara lain.

“Setiausaha Agung Dap, Lim Guan Eng juga sebelum ini pernah mendakwa penyatuan Ummah antara UMNO dan PAS adalah pengisytiharan perang terhadap orang bukan Melayu. Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi menghina orang Melayu dan cuba membakar kebencian di kalangan orang Cina dengan mengaitkan tulisan Jawi dengan bahan-bahan pornografi dan lucah ketika isu Jawi,” tambahnya.

Selain itu, tambahnya lagi bekas Menteri Perpaduan Senator, P. Waytha Moorty merupakan individu yang paling bertanggungjawab dalam menggadai maruah negara apabila mendakwa kaum India di Malaysia telah didiskriminasi dalam pelbagai cara seperti dipaksa menukar agama.

“Inilah sifat sebenar Dap yang rakyat Malaysia harus ingat. Parti Dap tidak langsung mempunyai semangat patriotisme dan hanya mahir menyebarkan kebencian dalam kalangan masyarakat berbilang kaum untuk kepentingan politik mereka,” ujarnya.

Justeru, tegasnya pembubaran parlimen yang dicadangkan kempimpinan UMNO adalah langkah terbaik untuk memulihkan maruah Malaysia setelah dicalarkan dan digadaikan oleh kerajaan PH-Dap selama 21 bulan. – UMNO ONLINE