PH Buat Rakyat Berada Dalam ‘Panic Room’ – Fathul Bari


KUALA LUMPUR, 7 Feb – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jaya berkata, selepas kekalahan Barisan Nasional (BN) dan UMNO dalam Pilihan Raya Umum ke -14 (PRU-14) yang lalu, BN dikecam dengan begitu hebat sekali namun akhirnya hanya dalam tempoh tidak sampai setahun, rakyat mampu menilai apa realiti yang berlaku.

Jelas beliau, rakyat mula sedar bahawa gabungan dalam Pakatan Harapan (PH) tidak memberi satu imej yang baik kepada kerajaan.

“Apa yang berlaku adalah seolah-olah rakyat berada dalam ‘panic room’ kerana terlalu banyak isu sehinggakan bila saya nak turun ceramah tidak tahu mahu memilih isu yang mana satu. Isu agamanya, antara kaum, isu ekonomi, ‘rule of law’ dan terlalu banyak… kes Adib, isu terbaru tentang tanglung dan ponggal…

“Aset negara hampir RM300 bilion telah dijual, bursa saham menurun dan FDI (pelaburan asing) merudum menyebabkan pelabur lari. Isu agama pula, dakwaan Lim Guan Eng tentang kerjasama antara UMNO dan PAS, dakwaaan Nga Kor Ming kerjasama ini umpama Taliban, hari ini kaum Kadazan Dusun Murut juga memberi sokongan kepada kita dan ini terbukti dengan kejayaan BN di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis.

“Semua ini membuatkan rakyat panik dan terjemahannya adalah kepada kemenangan BN dalam lima pilihan raya kecil,” ujar beliau ketika menjadi tetamu jemputan dalam Segmen Hujah yang bertajuk ‘Panas! Kerajaan Tanpa Dap’.

Tambah Fathul, PH meletakkan negara dalam suasana politik yang tidak stabil dan ini menyebabkan rakyat menolak mereka malah penolakan ini adalah kerana Dap itu sendiri yang sering mengeluarkan kenyataan mengganggu keharmonian penduduk negara yang majoritinya Islam.

Mengulas mengenai kemenangan BN di PRK Kimanis jelas Fathul, kemenangan tersebut secara tidak langsung meletakkan hala-tuju kepada BN dan juga Muafakat Nasional itu sendiri ke hadapan berbanding PH.

“Isu-isu yang kerajaan gagal selesaikan, permasalahan janji manifesto mereka, ini menjadi antara punca mengapa rakyat di Kimanis menghukum mereka. Itu perkara pokok. Ditambah pula isu Pas Sementara Sabah (PSS) yang dimainkan jelas menunjukkan isu tersebut gagal diurus dengan baik oleh Warisan dan kerajaan pusat.

“Belum sempat kita berkempen tetapi rakyat ‘berkempen’ terlebih dahulu kepada kita, mereka meluahkan ketidakpuasan hati tentang kegagalan PH menunai janji…

“Selain itu antara faktor sokongan rakyat adalah kerana Datuk Seri Anifah Aman. Walaupun beliau kini parti Bebas tapi beliau berpendapat kerajaan hari ini tidak menunaikan janji. Jadi dia turun membangkitkan semangat rakyat untuk memberi kemenangan BN di Kimanis,” ujar beliau.

Fahtul juga berpandangan bahawa semangat Muafat Nasional daripada semenanjung secara tidak langsung memberi impak kepada penyatuan di Sabah.

“Walaupun berbeza agama tapi malam Muafakat Rakyat bersempena PRK Kimanis berjaya menghimpunkan ke semua pemimpin dan komponen dari pelbagai agama dan kaum di mana semua bersetuju atas satu tujuan asas iaitu mendepani kejahatan PH pada hari ini,” tegas beliau. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.