‘U – Turn’ Dalam Pelaksanaan PPSMI

KUALA LUMPUR, 1 Feb – Ada dua perkara penting yang rakyat kena faham mengenai isu PPSMI (Pengajaran Pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris).

Pertama, kenapa Tun Dr Mahathir mahu PPSMI dilaksankan.

Kedua, kenapa Kerajaan batalkan PPSMI dan digantikan dengan MBMMBI (Memartabat Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris).

PPSMI dibatalkan di zaman Datuk Seri Najib jadi Perdana Menteri dan Tan Sri Muhyiddin adalah TPM dan Menteri Pelajaran.

KENAPA PPSMI DIPERKENALKAN

Dalam isu pertama, Tun Mahathir percaya penguasaan Bahasa Inggeri (BI) boleh ditingkatkan jika Sains dan Matemtik diajar dalam Bahasa Inggeris.

Hujah itu dibantah oleh majoriti ahli Bahasa. Pada mereka apakah yang penting untuk sains dan matematik. Ilmu atau bahasanya?

Kalau ilmu, maka lebih baik ia diajar dalam bahasa ibunda kerana mudah fahami.

Contoh paling mudah ialah lebih baik belajar tajwid dan tafsirnya dalam Bahasa Melayu. Yang penting ilmunya.

Kalau untuk menguasai bahasanya kerana Al Quran dalam Bahasa Arab, maka lebih baik mereka mengikuti kelas Bahasa Arab intensif yang lebih khusus.

Samalah dengan Sains dan Matematik. Yang penting ilmunya. Kalau bahasa Inggerisnya, maka perbaikilah kaedah mengajar Bahasa Inggeris.

Seperti meningkatkan kualiti guru BI, jumlah masa mengajar dan menaik taraf makmal BI.

Untuk makluman, SJKC kekal menggunakan bahasa Mandarin dalam pengajaran sains dan matematik.

Lim Kit Siang, DAP dan Dong Zong membantah kuat pelaksanaan PPSMI di SJKC.

KENAPA PPSMI DIBATALKAN

Kedua, kenapa PPSMI dibatalkan dan diganti dengan MBMMBI.

Ia bukan dibatalkan sesuka hati. Ia berdasarkan kajian oleh KPM. Ia dibentangkan sendiri oleh KPPM ketika itu Tan Sri Alimuddin dalam Kabinet.

Bahkan Tan Sri Muhyiddin berjumpa sendiri Tun Mahathir memaklumkan keputusan kerajaan itu. Berbudi bahasanya Najib kepada Tun Mahathir.

Kajian KPM itu mendedahkan keputusan subjek Sains dan Matematik pelajar di SK semakin jatuh berbanding dengan SJKC

Bukan itu sahaja kejatuhan itu semakin diketara di kalangan pelajar Melayu. Dapatan itu juga mendedahkan penguasaan BI pelajar juga tidak meningkat melalui PPSMI.

Sebab itu MBMMBI diperkenalkan agar jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran.

Ketika itu ramai pemimpin Parti Amanah Negara  (PAN) seperti Mohamad Sabu dan Salehuddin Ayub membantah PPSMI. Mereka turun ke jalan raya menuntut PPSMI dibatalkan.

Sekarang mereka Menteri. Tan Sri Muhyiddin juga kekal dalam Kabinet. Apakah mereka masih ada keberanian membantah cadangan Tun Mahathir untuk menghidupkan semula PPSMI?

Bila Tun Mahathir perkenalkan PPSMI ia tidak dibuat berdasarkan kajian. PPSMI dibatalkan berdasarkan kajian KPM. Bila Tun Mahathit mahu hidupkan semula PPSMI juga bukan melalui kajian.

Semuanya kerana dia diktator. Pandangan pakar tidak dirujuk. Yang jadi mangsa pelajar. Bahasa Melayu dilemahkan sebagai bahasa ilmu. Penguasaan BI tidak ke mana.

Jepun dan China tidak mengajar sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris. Tetapi negara berkenaan jauh ke depan dalam bidang sains dan teknologi.

Jangan nanti yang dikejar tak dapat. Yang dikendong keciciran.

Datuk Mohd Puad Zarkashi

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.