Isu Air, Sungai: Kerajaan Selangor Hanya Utamakan Keuntungan Kroni Banding Kebajikan Rakyat

KUALA LUMPUR, 26 Dis – Kegagalan menguruskan sungai serta memelihara sumber air oleh kerajaan Negeri Selangor di bawah Menteri Besar (MB), Amiruddin Shari amat jelas dan nyata.

Naib Pemuda UMNO Selangor, Amin Mohd Shukor melihat episod masalah air yang kejadian berulang-ulang kali boleh dikatakan acara saban tahun seakan tidak memberikan apa-apa pengajaran, malahan tiada pelan tindakan khusus oleh Pentadbiran MB Selangor terhadap kekalutan ini.

“Sudah hampir 10-12 tahun Kerajaan PH mentadbir di Selangor, isu sungai dan sumber air ini masih lagi berulang perkara yang sama. Jelas menyusahkan dan menggambarkan pasukan pentadbir yang jelas tidak cerdik dan tidak cekap namanya.

“Mana perginya para pentadbir, para exco kerajaan Negeri yang berkaitan? Tidak buat kerja atau sebenarnya mereka sekadar pemakan gaji buta tidak mengerti apa-apa.

“Di dalam pembentangan bajet 2020 juga tiada pengkhususan yang menjurus kepada penyelesaian ini, bagi saya ini cukup jelas yang memperlihatkan kerajaan negeri Selangor tidak ambil peduli soal kepentingan rakyat,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau berkata demikian merujuk kepada makluman berita dari hasi tinjauan The Malaysian Insight 23hb Disember berkaitan ‘Korek Pasir Tanpa Kawalan, Kg Asahan Diancam Tenggelam’ yang bagi beliau ini melibatkan kepentingan sejagat menjurus kebajikan rakyat kawasan yang diperkatakan.

“Melihat dalam konteks ini, soal menjaga sumber asas serta kepedulian pihak kerajaan Selangor amat lemah sekali.

“Bagi saya MB Selangor sendiri tidak sensitif akan isu ini dan yakin pasti beliau tiada langsung pelan tindakan khusus bagi menangani permasalahan ini pun sebenarnya.

“Saya amat yakin situasi ini mungkin berlaku ‘penyelewengan’ laporan kepada Pihak Kerajaan Negeri yang hanya cantik di atas kertas, namun hakikat situasi sebenarnya tidak dilaporkan.”

Jelasnya, rakyat kebanyakan yang bergantung aktiviti serta pendapatan harian mereka pada sumber ini, jelas menjadi mangsa tanpa kepedulian Kerajaan Selangor.

“Ini jelas bersangkut paut kelemahan pentadbiran MB sendiri ekoran tiada susunatur serta pengkhususan tadbirurus yg jelas terhadap isu seperti ini.

“Nak dipersoalkan pasal exco yang bertanggungjawab… kita sendiri pun tak pasti para exco faham atau tidak portfolio masing-masing.

“Saya pernah suarakan kerisauan saya satu ketika dahulu dalam penulisan saya 29hb julai 2019 lalu, bahawa betapa rakusnya ‘kroni’ MB Selangor ini dalam meraih keuntungan semata-mata sehingga merugikan rakyat Selangor.”

Bidas beliau, Slogan ‘Negeri Berkebajikan’ serta ‘Sayangi Selangorku’ hanya perhiasan kerajaan negeri dan tidak lebih sekadar slogan seperti gula-gula politik oleh mereka.

“Atas nama dan demi kepentingan rakyat Selangor, saya ingin nyatakan desakan agar kerajaan Selangor di bawah kepimpinan MB Selangor Amiruddin Shari untuk lebih bijak dan cerdik bagi menangani isu sungai dan air yg menjadi kemelut tahunan yg sudah semakin merisaukan.”

Tegasnya, keutamaan mementingkan kebajikan rakyat lebih utama berbanding kepentingan menjaga keuntungan kroni semata-mata.

“Bagi saya jika kerajaan bertukar tangan, perkara ini antara keutamaan yang kita akan selesaikan.” – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.