Maszlee Mungkin Lupa Jasa BN 60 Tahun Atau Mahu Tutup Kegagalan PH – Asyraf

KUALA LUMPUR, 10 Nov – Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik hari ini dibidas ekoran kenyataanya yang masih lagi mendendangkan ‘lagu’ BN rosakkan negara 60 tahun sedangkan dalam tempoh berkenaan beliau mungkin lupa segala manfaat yang diperolehi.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata menteri berkenaan ‘sedap mulut’ dalam memperkatakan perkara tersebut dan masih menggunakann naratif sama dalam menutup kegagalan Pakatan Harapan (PH) hari ini.

“Wah sedap mulut je YB Dr Maszlee Malik memfitnah “BN rosakkan negara selama 60 tahun”. Apakah YB terlupa bahawa dalam tempoh itu jugalah YB mendapat manfaat biasiswa untuk menyambung pelajaran ke Jordan di bawah Kerajaan BN?

“Apakah YB juga terlupa bahawa YB dapat menyambung pelajaran ke peringkat PhD di Durham University United Kingdom juga dibawah skim biasiswa Kerajaan BN?

“Apakah YB juga terlupa bahawa YB pernah bertugas sebagai Pensyarah di salah sebuah universiti terkemuka negara Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang ditubuh pada 1983 di zaman Kerajaan BN,” katanya menerusi catatan di facebook di sini, hari ini.

Asyraf seterusnya menambah apakah Mazlee juga lupa sehingga sanggup mengata kepada Pengerusi PPBM sendiri Tun Dr Mahathir yang pernah mentadbir negara selama 22 tahun (1981-2003) iaitu lebih 1/3 daripada tempoh 60 tahun kerosakan yang di dakwa di bawah Kerajaan BN.

Soal beliau apakah semua itu hanyalah kebetulan dan banyak lagi jika mahu diaenaraikan.

“Sudah-sudahlah menggunakan naratif sama untuk menutup kegagalan YB dan Kerajaan PH melaksanakan segala janji-janji manifesto PRU lalu. Sudah jadi kerajaan masih lagi bermentaliti pembangkang. Bila agaknya Kerajaan PH ni akan ‘move on’ atau maju ke hadapan,” tegasnya.- UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.