Ke Mana Hala Tuju Felda… Di Manakah Tumpuan Untuk Generasi Kedua, Ketiga – Shahrir

KUALA LUMPUR, 1 Nov – Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Samad berpendapat tidak jelas hari ini ke manakah sebenarnya yang hendak dituju oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengenai Felda.

Malah menurut beliau menerusi pembentangan Belanjawan 2020 serta pembentangan kertas putih Felda juga tidak menampakkan arah yang sebetulnya terutama yang melibatkan generasi kedua mahupun ketiga.

“Menerusi Bajet 2020 mengatakan bahawa akan ada peruntukan untuk Felda pada saya itu tanggungjawab kerajaan kerana Felda adalah sebuah agensi kerajaan dan sebab itu apabila saya ditanya tentang bajet…jawapan saya eh… ini bukan luar biasa. Saya melihat itu bukan secara teliti sangat kerana yang penting kepada saya ke mana hendak dibawa Felda ini… ke mana hendak dibawa peneroka ini.

“Adakah pemerintah hari ini hanya fokus kepada peneroka dan tanah-tanah mereka dan hasil pendapatan mereka ataupun mereka juga mengambil kira golongan generasi kedua, ketiga dalam Felda kerana Felda sejak 1956 sudah ada tiga generasi. Generasi kedua dan ketiga inilah yang banyak mempertikaikan soal Feda.

“Sehinggakan kelam kabut pemahaman mereka tentang ini duit Felda punya… itu Felda punya. Semasa PRU ke-14 (Pilihan Raya Umum Ke-14) generasi kedua dan ketiga inilah yang banyak menggesa ibu bapa mereka untuk menyokong PH, tolak BN dan inilah momentum itu… gesaaan itu datang daripada generasi kedua dan ketiga,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam slot Hujah anjuran Penerangan UMNO yang disiarkan menerusi facebook UMNO-Online, di sini, Rabu malam.

Jelas Shahril lagi, rentetan itu sepatutnya ada kekecewaan di kalangan peneroka terutama generasi kedua dan ketiga khususnya melibatkan segala janji yang terkandung di dalam manifesto PH seperti menghapuskan hutang sebanyak 50 peratus.

“Dari segi belanjawan tahun depan dan juga kertas putih yang jelas tidak adanya ialah hala tuju yang mereka nak bawa Felda ini. Selain daripada mereka kata nak cuba untuk pajak tanah, diuruskan secara estet, panggilkan koperasi, swasta, pihak luar ka….tetapi tidak pula menyelesaikan masa depan…ke depan nanti Felda ini macammana.

“Soal hutang kata nak hapuskan 50 peratus tetapi sekarang masih mereka melonggokkan hutang kepada peneroka yang akan tanam semula kerana tidak ada lagi geran yang telah kita perkenalkan dalam tahun 2018,” tambahnya.

Ulashya lagi pada 2018 telah diperkenalkan geran tanam semula sebanyak RM30,000 untuk peneroka Felda dan mereka tidak perlu membayar balik.

“Jadi hari ini mereka kena pinjam. Anak-anak mereka takkanlah nak berdiam diri kerana jaminan dan janji dalam manifesto PH bagi peneroka Felda ialah akan hapuskan 50 peratus daripada hutang. Ini menjadi sebaliknya dan lebih teruk daripada apa yang kerajaan BN buat sebelum ini,” ujarnya.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.