PH Perlu Rancakkan Ekonomi… Hasil Negeri Kedah, Perolehan, Pelaburan Merudum


ALOR SETAR, 25 Okt – Daripada unjuran Belanjawan Kedah 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahahtir baru-baru ini, ianya menunjukkan ekonomi adalah dijangka merosot tahun hadapan setelah hampir dua tahun kuasa pentadbiran beralih kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH), kata kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baharu, Datuk Noor Sabrina Mohd Nor.

Menurut beliau, ini berkemungkinan adalah disebabkan oleh kemerosotan ekonomi dan sikap pelabur yang masih ragu-ragu dengan kestabilan politik di negeri Kedah ini yang menyebabkan aktiviti ekonomi tidak lagi rancak.

“Hasil kerajaan negeri diunjurkan berkurang, terimaan daripada agensi kerajaan juga dijangka menurun sehingga 50 peratus.

“Walaupun setelah hampir dua tahun, syarikat-syarikat milik kerajaan negeri (GLC) juga dilihat tidak stabil, apabila sumbangan GLC kepada kerajaan negeri juga turun mendadak daripada RM15 juta kepada hanya RM1.5 juta

“Perolehan daripada pelaburan juga jatuh, daripada sekitar RM10 juta kepada hanya RM5 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa membahas Belanjawan Kedah 2020 baru-baru ini.

Tegasnya, tiada pelaburan baru di Kulim High-Tech Park (KHTP) menimbulkan kerisauan ianya tidak lagi berdaya maju.

“Jawapan bertulis Exco Pelaburan, YB Tan Kok Yew, menyatakan hanya ada dua pelaburan yang dicatatkan di Kedah, dan tiada satu pun yang dilaporkan di KHTP. Ini menimbulkan kerisauan banyak pihak sama ada adakah KHTP tidak lagi berdaya saing.”

Menurut beliau, Kulim Technology Park Corporation (KTPC) iaitu syarikat yang megurus KHTP, adalah sebuah syarikat kerajaan negeri yang sangat berdaya saing, yang berjaya mencatatkan keuntungan sejak tahun kewangan 1995 dan mencatatkan kerugian hanya untuk tiga tahun di dalam sejarah penubuhannya iaitu pada tahun 2002, 2003, dan 2004.

“Keuntungan paling tinggi yang pernah direkodkan ialah pada tahun 2017 iaitu RM44.9 juta yang telah memberikan pulangan kepada kerajaan negeri sebanyak RM7.5 juta.”

Tegasnya, kerajaan negeri perlu ingat, bahawa kerajaan negeri berjaya meyakinkan kerajaan pusat untuk membina Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP), adalah kerana kewujudan KHTP ini.

“Apakah tindakan perancangan ekonomi kalau KTPC hanya mendapat pembesaran kilang intel, tiada pelaburan baru, ini bermaksud tak ada angka pajakan yang baru atau hasil kepada KTPC, mahupun kerajaan negeri.”

Beliau menegaskan lagi bahawa kerajaan negeri perlu betul-betul memberi perhatian yang serius terhadap tindakakan-tindakan yang berpotensi untuk merancakkan ekonomi negeri ini. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.